Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 12 Mac 2011

Makhluk Perosak -- Hama

Daun terung mula kerinting. Ini tanda daun mula diserang makhluk perosak.   

Pokok terung yang mula berbunga diserang makhluk perosak menyebabkan daun menjadi kerinting.

Setelah diperiksa daun yang kerinting didapati ia telah dijangkiti hama. Hama tersebut telah dibawa oleh semut yang menternak untuk mendapatkan cairan yang dihasilkan oleh hama tersebut, seperti manusia menternak lembu dan kambing untuk susu. Semut kadang-kadang dianggap rakan tanamsendiri kerana memakan ulat dan makhluk perosak yang lain. Namun begitu semut boleh menjadi musuh apabila ia menternak makhluk perosak seperti hama.



Semut menternak hama untuk mendapatkan cairan dari hama tersebut.

1 ulasan:

  1. Jalan penyelesaiannya, potong bahagian pokok yang dijangkiti dan bakar. Harap cara ini berkesan.

    BalasPadam