Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 4 Mac 2011

Kai Lan Kerat Tumbuh Lagi

Lama juga dapat makan kai lan dari batch ni.  Petuanya, jangan cabut pokok.  Kerat pada batang kira-kira 8 cm dari tanah dan biarkan daun tumbuh semula.  Alhamdulillah kali ni serangan serangga perosak tidak banyak.  Rebusan daun tulsi yang diletak dalam botol terbuka berjaya menghalau banyak jenis serangga.

Untuk kekalkan kesuburan tanah, saya gaulkan tanah dengan daun lalang yang direputkan.  Tanah dengan campuran daun reput kaya dengan bahan organik dan mempastikan tanah mengandungi oksigen kerana tanah tidak mampat dengan kehadiran daun reput.

Ada rakan yang timbulkan isu bakteria dan kulat dalam tanah.  Pada pendapat saya, sekiranya kita bertanam untuk komersial seperti petani memanglah kita perlu risau tentang perkara itu semua sebab kita mesti hasilkan tuaian yang besar dan banyak.  Kalau tuaian bersaiz kecil, petani akan rugi kerana berbelanja besar untuk racun dan baja.  Untuk tanam di rumah, kita lebih pentingkan rasa dan khasiat dan kita tidak gunakan racun.  Mikroorganisma dalam tanah tidak semuanya jahat.  Ada yang baik.  Misalnya bakteria pengikat nitrogen membantu mengayakan tanah dengan baja nitrat.  Kulat membantu pereputan bahan organik dan membekalkan baja yang elok untuk tanaman.

Kale yang dalam gambar ini adalah yang tumbuh semula selepas dikerat.  Saya gunakan baka 55.

Kailan kerat dan tumbuh lagi.

2 ulasan:

  1. Selepas 2 minggu dikerat, daun dari tunas baru membesar sehingga 6 inci, dan boleh dituai semula. Teknik kerat dan tumbuh semula sesuai digunakan untuk kai lan.

    BalasPadam
  2. Menakjubkan, kailan tersebut masih tetap mengurniakan daun yang elok walaupun telah beberapa kali dikerat.

    BalasPadam