Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 10 Mac 2011

Benih Untuk Dijual -- Adakah benih boleh dicampur?

Adakah benih yang ingin dibeli boleh dicampur?

Ya boleh. Rakan-rakan hanya perlu sms (0172889364) atau emel benih yang dikehendaki, maklumat bayaran serta nama dan alamat penerima benih.

Benih tanamsendiri yang diperolehi dari tanaman kami sediri tidak ditreat dengan antifungal dan hanya sesuai jika ingi ditanam segera. Benih dipek secara manual di rumah, bukannya secara komersial. Setiap batch benih telah diuji dan akan tumbuh dengan kadar yang cepat jika disemai dengan cara yang betul. Sekiranya benih yang ditanam gagal bercambah setelah disemai dalam masa sebulan dari tarikh benih diterima, rakan-rakan boleh kembalikan lebihan benih untuk diganti dengan benih lain.

Tujuan saya jual benih yang dipek sendiri adalah untuk berkongsi benih serta mencari baka yang terbaik untuk tanam suka-suka di tepi rumah serta berkongsi idea. Oleh kerana saya membeli benih dalam kuantiti yang banyak, saya dapat berkongsi dengan rakan-rakan.  Dulu saya beli benih yang dipek kecil, malangnya benih tersebut susah tumbuh dan kalau tumbuh, kualiti kurang memuaskan. Mungkin kerana benih tersebut terdedah pada cuaca serta suhu yang tidak menentu ketika dipamerkan untuk dijual.  

Selain dari itu, saya sedang menulis satu siri buku yang khas ditujukan pada hobbyist untuk bertanam sendiri di tepi rumah atau dalam bekas.  Siri tersebut mengandungi mengandungi 15 judul, 1 judul 1 jenis sayur. Siri tersebut dijangka akan terbit pada bulan Jun 2011.

Benih yang ada,
baka tanamsendiri:
1. Kacang botol (terhad, cuma tinggal 50 pek)
2. Roselle (terhad, cuma tinggal 50 sahaja)
3. Bunga Telang
4. Salad Cina
5. Labu manis
6. Kangkung
7. Remayung merah (terhad, cuma ada 50 pek)
8. Kacang mata hitam baka renek (50 pek)


Baka Hibrida
1. Lobak putih/lobak kampung
2. Bendi Singa 979
3. Ketumbar (Slow bolting) 506
4. Sawi Hong Kong 007
5. Bayam Putih Daun Bulat 423
6. Sawi Pak Choi/bak choi
7. Kacang Buncis
8. Salad Hawaii 7799
9. Salad Loose Leaf Summer Green 2288
10. Kobis Cina 663
11. Kai Lan 55
12. Kai Lan (Edisi Khas) 117
13. Kacang Panjang Silver White 399

Akan datang
1. Terung panjang saiz besar
2. Tomato
3. Peria besar
4. Peria katak
5. Cili Bangi baka Taiwan
6. Mentimun
7. Labu air

3 ulasan:

  1. Yer... Betul.. saya rasa inilah masalah yg saya hadapi sbb sesetengah jenis sayur yg saya tanam tak manghadapi masalah untuk tumbuh dgn baik. Manakala jenis sayuran yang lain menghadapi masalah terbantut dan lambat membesar.. malah ada yang tak tumbuh langsung wal hal jenis sayuran tersebut dikatakan senang utk tumbuh...

    BalasPadam
  2. salam...masih adakah pek-pek benih sayur ini?...saya minat gak nak try tanam kangkung dari benih 'tanamsendiri'..:)..dah try tanam kangkung sekarang tapi yg beli di tesco...:)...boleg email kat saya harga 1 pek untuk kangkung,peria katak dan kailan no 11 & 12 tu..:) email saya : sumaiyah_nda@yahoo.com

    BalasPadam
  3. Pesanan untuk gabungan 5 pek sahaja. :)

    BalasPadam