Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 5 September 2012

Tanam Sendiri -- Kobis Cina, Brassica campetris

Kobis Cina (Brassica campetris) kelihatan seperti daun salad yang tinggi (panjang) dengan bahagian daun yang disusun padat.  Kalau ditanam di kawasan yang panas, daun akan terbuka dan tidak mampat jika dibandingkan jika ditanam di kawasan dingin.  Daunnya bewarna hijau pucat, rapuh dan rasa seperti kobis tetapi tidak sekuat rasa kobis.  Sayur ini dipercayai berasal dari negara China kemudian dibawa masuk ke Taiwan, Filipina, Thailand, Indonesia dan Malaysia.  Daun kobis cina mampu membesar sehingga 45cm (18 inci) panjang dan lebar 20 cm (8 inci).

Tanah dan lokasi
Kobis cina perlukan banyak cahaya matahari tetapi tidak terlalu panas, jadi ia sesuai ditanam di kawasan yang teduh tetapi menerima cahaya pagi.  Gunakan tanah yang kaya dengan organik.  Tanah sebegini dapat menyimpan banyak air. 

Menyemai
Semai benih terus ke atas tanah.  Gaulkan benih dengan tanah untuk menjarakkan benih.  Apabila tumbuh, jarakkan benih kira-kira 30 cm (12 inci).  Sekiranya ingin mengalih, alih ketika pokok mempunyai 3 set daun, iaitu kira-kira 4 minggu selepas menyemai.

Penjagaan
Merumput selalu untuk mengelakkan persaingan untuk baja.  Siram selalu.  jangan biarkan tanah kering.

Menuai
Tuai kobis cina selepas 8 hingga 10 minggu selepas menyemai.

Benih Untuk dijual
Benih kobis cina boleh diperoleh dari blog tanamsendiri.

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Benih Kobis Cina (Marco) 

5 ulasan:

  1. kobis ni tak perlukan sistem buddy ke?

    BalasPadam
  2. macam mn dgn kobis,summer autumm dan kobis,bunga kobis,flocoli,green harmony

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sebab pokok sawi dan kobis sering diserang makhluk perosak.

      Padam
  3. Balasan
    1. Pokok jenis herba, misalnya basil dan rosemary.

      Padam