Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 12 Februari 2011

Tanam Sendiri -- Bayam Putih Daun Bulat, Amaranthus

Bayam mempunyai tekstur dan rasa seakan-akan spinach.  Ia adalah dari keluarga Amaranthus.  Terdapat beberapa jenis benih bayam yang terdapat di pasaran.  Benih yang saya semai adalah bayam hijau berdaun bulat.  Pada pek benih, bayam tersebut dinamakan bayam putih daun bulat.  Saya elakkan bayam daun merah kerana dari pengalaman saya, bayam merah mengambil masa yang lebih lama untuk matang.  Saya ingin tuai bayam ketika masih muda untuk menikmati teksturnya yang lembut.
Persediaan
Bayam sesuai ditanam dalam tanam yang kaya dengan organik serta berpasir sedikit.  Ia juga boleh ditanam dalam tanah gambut dengan syarat air tidak bertakung.  Bajak atau cangkul tanah supaya gembur untuk sediakan ruang udara yang mencukupi.  Anda boleh gunakan daun atau rumput yang dipotong yang telah reput.  Boleh juga gunakan pelet tinja ayam, kambing atau lembu.  Tabur dan biarkan mereput kira-kira 2 minggu.
Anda juga boleh tanam dalam pasu, seeloknya pasu panjang dan gantung pada bingkai jendela menggunakan besi yang dibuat khas untuk menggantung.  Gunakan tanah yang kaya dengan organik.  
Menyemai
Benih bayam sangat halus.  Gaulkan dengan pasir untuk jarakkan benih dan tabur ke atas batas atau ke dalam bekas.  Siram dengan berhati-hati.  Benih akan bercambah selepas 2 atau 3 hari.
Menjarang
Cabut  cambahan yang terlalu rapat dengan menjarakkan pokok antara 8 hingga 10 cm.
Menyiram
Bayam perlukan banyak air.  Di musim kering, siram 2 kali sehari.  Jika bekerja, anda boleh siram secara automatik menggunakan timer.
Merumput
Merumput untuk membuang rumpai jika perlu untuk mengelakkan persaingan air, baja dan cahaya.

Makhluk perosak
Ulat bulu amat gemarkan daun bayam.  Perhatikan tanda-tanda daun rosak.  Kutip ulat dan bunuh.

Bayam sedia untuk dituai.


Menuai
Bayam boleh dituai selepas 2 hingga 3 minggu disemai, iaitu apabila ia mencecah 20 hingga 25 cm tinggi.

12 ulasan:

  1. Saya memilih bayam putih daun bulat kerana bayam merah agak lambat bercambah dan membesar berbanding dengan bayam putih daun bulat.

    Mungkin cara saya menanam bayamh merah kurang sesuai. InsyaAAlah akan dicuba lagi.

    BalasPadam
  2. Baru nampak anak2 pokok bayam putih sebelum keluar kerja tadi. Semai hari selasa lepas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya baru ternampak ulasan ni. Pasti zamzurina dah lama nikmati bayam tersebut.

      Padam
  3. en is..sy nak tanya yer..sy ada semai bayam jenis 3388. Diperhatikan mcm lambat pembesaran nya....sy guna tanah hitam organik..tidak menakung air..siram pg dan petang...agak terkejut dpt tuai selepas 3 minggu dpt tuai..sbb bayam sy sudah 3 minggu tapi baru keluar daun keempat.
    sy akan emailkan gambar bayam2 sy...:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti. Mungkin keamatan cahaya tak sesuai. Dari pengalaman saya, kalau cahaya terlalu terik, pertumbuhan bayam agak terbantut, berserat dan cepat berbunga. Kena tengok gambar dulu.

      Padam
    2. kalau mcm tu..mmg faktor cahaya lah...sekarang mmg amat terik...sy akan cuba tanam dlm pasu pula..senang alihkan..

      Padam
  4. sama kes dgn sy en Is.. sy tanam bayam awal April ari tu.. sama dgn kangkung n sawi hong kong.. bayam merah.. tu pun baru 4cm kot tinggi dia.. kangkung tinggi dekat 30cm.. da tuai beberapa kali.. sawi hongkong tu pulak baru 3inci.. setahu sy pertumbuhan sayur2an ni memang x sama, tp kenapa bayam merah cam lmbt sgt..? huuhuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bayam merah memang lambat sikit pertumbuhannya. Bila dah naik dalam 6 inci (15 cm) barulah pertumbuhannya cepat.

      Padam
    2. berbeza dengan sy..bayam merah autumn sangat meriah pertumbuhan nya..sy tanam dalam pasu...supaya dapat membezakan dengan bayam 3388 yg ditanam pada batas...sekarang dah masuk 3 minggu..minggu depan in shaa allah dah boleh tuai...

      nanti sy emailkan gambar2 tanaman sy pada en is..experimen sy dengan set kailan pun menjadi..:D

      Padam
    3. ini pautan bayam-bayam yg sy tanam...

      http://mamanaufalcomey-nadiarashid.blogspot.com/2013/05/perbezanya-mereka.html

      Padam
  5. saya mencuba tanam sayur bym dr lebihan batang yg saya beli di pasar..harap menjadi..ada info...tq

    BalasPadam