Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 19 Februari 2011

Resepi -- Jeruk Cili Padi Tanam Sendiri

Untuk rakan-rakan yang tanam sendiri sayur sudah tentu sedia maklum, ketika pokok berbuah dengan banyak kita akan mendapat banyak lebihan makanan.  Kalau ingin dimakan semuanya pasti akan membosankan.  Hasil tuaian tersebut boleh dikongsi bersama kawan-kawan, namun begitu pasti juga akan ada lebihan.  Satu dari cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengawet hasil tuaian.  Ada berbagai cara untuk mengawet.  Cara yang paling mudah ialah dengan menjeruk.  Bahan yang palin popular untuk jeruk ialah cili padi.  Dengan menjeruk, anda dapat kurangkan rasa pedas cili dan ia enak dipakan bersama nasi, nasi goreng dan mee goreng.

Pastikan bekas simpan jeruk dibersihkan dan dilalukan dengan air panas untuk membunuh kuman dan hama supaya bahan awet tidak berkulat dan tahan lebih lama.

Bahan-bahan
1 labu (8 ulas) bawang tanam sendiri, dikupas, basuh dan dibelah dua.
10 biji bawang merah tanam sendiri, dikupas, basuh dan dibelah dua.
2 cawan cili padi dipotong dengan tangkai.
2 sudu besar garam
1 botol cuka asli
1 sudu besar gula

 

Ramuan tambahan dalam jeruk cili padi iaitu bawang putih dan bawang merah.

Cili padi, dituai bersama tangkai

Cara Menyediakan
Bilas bawang putih, bawang merah dan cili  dengan air panas. 
Masukkan bawang putih, bawang merah dan cili padi ke dalam bekas bertutup.
Masukkan satu sudu besar garam.  Masukkan air dan rendam selama 6 jam.  Tujuan merendam air garam ialah untuk mengeluarkan air dari bawang putih, bawang merah dan cili padi. 
Tuangkan air garam. 
Masukkan cuka asli sehingga 3/4 bekas.
Masukkan 1 sudu besar garam dan 1 sudu besar gula.
Tutup bekas dengan kemas dan goncangkan supaya semua cili padi berendam cuka.  
Apabila bahan-bahan menjadi pudar, ia sedia untuk dimakan.

Bahan-bahan sedia untuk dijeruk.

Jeruk cili padi, enak.

4 ulasan:

  1. salam kenal...
    saya slalu terfikir... hasil tanaman yg berlebihan nak buat ape ye... sudah nya jadi rezeki jiran dan rakan pejabat... ;p

    BalasPadam
  2. Selain jeruk, boleh juga dibuat minyak cili. Enak dimakan besama mee goreng.

    BalasPadam
  3. Salam En Iskandar..maaf, en Is knl ke dgn blog ridzalmersing..artikel en yg ni sama sebijik dlm blog dia..ni link yg sy bru jumpa td; http://www.ridzalmersing.com/2012/04

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kenal. Itu posting saya diambil bulat-bulat tanpa acknowledgement dalam blog tersebut.

      Padam