TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Rabu, 16 Februari 2011
Melawan Makhluk Perosak dan Rumpai -- Burung Ciak
Ni kira "wishful thinking" lah. Kalau kita dapat latih burung ciak, ayam, burung merpati, dan berbagai burung lagi yang singgah kat taman kita untuk makan ulat serta benih rumpai sahaja, alangkah eloknya. Malangnya, selain dari ulat dan benih rumpai, burung ciak juga mengutip benih yang saya semai serta buah kemunting yang sedang ranum. Apa-apapun burung ini tetap akan menjadi tamu saya kerana ia sememangnya mampu mengurangkan jumlah ulat dan lalat putih yang menyerang pokok sayur dan cili.
Untuk selamatkan benih semaian, saya akan semai dalam bekas terlebih dahulu dan simpan di tempat yang selamat. Untuk beri kemunting, saya dah pesan kelambu pelindug. extrme, tetapi harap akan membuahkan hasil.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya ada terbaca dalam buku kalau nak biar burung jadikan kebun kita sebagai tempat persinggahan sediakan "bird bath". Untuk melindungi anak benih dari di makan pokok tutup kawasan semaian dengan net.
BalasPadamMaklumat yang sangat berguna. Saya dah dapat selesaikan masalah ulat bulu dan whitefly sejak kehadiran burung ciak. Cuma perlu pastikan tiada kucing berkunjung sekitar 8 hingga 9.30 pagi.
BalasPadamSeekor burung ciak tumpas dimulut kucing peliharaan hari ni. Masalah ni boleh diselesaikan tanpa mengurung kucing -- letakkan loceng di tengkuk kucing. Setiap kali kucing cuba memburu, loceng akan berbunyi dan menyedarkan burung tentang kehadirannya.
BalasPadambagaimana nak sediakan bird bath?
BalasPadamLetak bekas dengan air sedalam 1 inci. Pastikan air dibiar mengalir, misalnya membuat air pancut supaya bekas tersebut tidak mengandungi jentik-jentik.
Padam