Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 2 Februari 2011

Kacang Bendi Kering

Hari ni jalan-jalan sambil memerhati produk pertanian yang menarik yang dijual di pasaraya.  Beberapa produk menarik perhatian saya.

1.  Putik kacang bendi saiz 3 cm yang telah dikeringkan diikat seperti gelang menggunakan benang kasar.  Putik dijual bersama resepi.  Jumlah keseluruhan kira-kira 150g (segenggam) dijual dalam kotak yang menarik dengan harga RM33.50.  Produk Tunisia.
2. Daun pokok anggur dijeruk dalam cuka dan garam.  Produk dijual dalam balang kaca bersaiz balang jem.  Produk dijual dengan harga RM25.00.
3.  Gherkin (mentimun muda) bersaiz 5 cm dijeruk dalam cuka dan garam dijual dalam balang bersaiz balang jem.  Putik mentimun saiz ini belum sempat diserang makhluk perosak.  Gherkin ditanam secara organik dan dijual dengan harga RM18.90.

Mahu tanam apa secara organik dan dijual sebagai makanan kesihatan?  Tepuk dada tanya selera.  :)

3 ulasan:

  1. Hadoi, mahalnya... Baik kita tanam sendiri. Saya ingat lagi waktu saya kecil, ibu saya buat sendiri jeruk buah mentimun muda. Modalnya tak sampai 3 ringgit untuk cuka, garam dan biji ketumbar. Timun muda dikutip belakang rumah. Tak la sampai mencecah belasan ringgit! Hehe.

    BalasPadam
  2. Ya, kalau tanam sendiri lagi elok. Lagipun kita boleh sediakan ikut citarasa sendiri.

    BalasPadam
  3. Packaging yang menarik selalunya tolak harga naik atas... tapi kalau tinggi sangat, melampau namanya.

    BalasPadam