Pokok kacang kelisa tumbuh subur dalam tanah berpasir, gambut dan tanah kompos. ia sesuai ditanam di atas tanah (atas batas) dan dipasang kayu pancang sebagai tiang sokongan. Pokok ini memerlukan ruang yang banyak kerana ia tumbuh merimbun.
Menyemai
Tanam dua biji selubang dengan lubang sedalam 3 cm. Jarakkan kira-kira 60-80cm antara biji. Biji akan tumbuh dalam masa 2 minggu. Siram selalu. Pilih pokok yang lebih segar dan patahkan pokok yang satu lagi. Selepas 2 atau 3 minggu, pasang pancang kayu supaya pokok boleh memanjat. Sambungkan antara pancang kayu menggunakan tali rafia.
Buah
Pokok akan mula mengeluarkan bunga selepas 8 minggu. Bunga kacang kelisa bewarna biru. Petik kacang ketika masih muda, ketika isi masih rapuh. Pokok akan menghasilkan buah yang banyak selama 16 minggu.
Masalah
Daun sering diserang bena (aphid). Sembur bena dengan air yang kuat.
Buah kacang kelisa enak dimakan ketika muda.
terima kasih berkongsi maklumat. blog yg sgt berguna. kebetulan saya pun tengah gila menanam kat umah. :)
BalasPadamSama-sama Erin,
BalasPadamGembira mendengar blog kami dapat dimanfaatkan. Setiap bula kami juga edarkan benih percuma untuk dikongsi bersama. Sdri Erin boleh minta bila-bila masa benih tersebut dengan meninggalkan alamat melalui emel ([email protected]).
Untuk bulan April 2011 kita kongsi benih bayam putih daun bulat.