Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 18 Januari 2011

Tanam Sendiri--Kucai, Chinese Chive, Alium tuberosum

Kucai tumbuhan dari keluarga bawang (Alium) yang banyak ditanam di Malaysia, Filipina dan negara asia tenggara yang lain hinggalah ke Cina, Jepun, india dan Mongolia.  Daunnya yang panjang dan pipih mempunyai rasa yang kuat seakan-akan rasa bawang putih.  ia digunakan sebagai perisa dan giasan pada masakan.
Walaupun benih ada banyak dijual di nurseri dan pasaraya, kucai lebih cepat kalau ditanam menggunakan rizom (bebawang) berbanding dengan benih.  Ia tumbuh merumpun dengan ketinggian 20 hingga 40cm.  Di negara Cina dan Jepun, orang menanamnya menggunakan biji benih.

Pokok kucai yang ditanam menggunakan bii benih.

Tanah
Kucai tumbuh segar dalam tanah gambut yang kaya dengan bahan organik.  Ada juga orang yang tanam kucai dalam tanah pasir bekas lombong bijih timah selepas tanah digaul dengan tinja ayam dan kapur.  Anda boleh tanam kucai dalam bekas.  ia sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai ruang tanah yang luas.

Semai
Semai bebawang kucai atas batas atau dalam bekas menggunakan tanah yang kaya dengan bahan organik.  Jarakkan 15cm (6 inci).

Siram
Siram tiap-tiap hari dalam masa seminggu selepas menyemai.  Selepas seminggu, siram 2 hari sekali.

Merumput
Buang rumpai yang tumbuh sekeliling pokok kucai untuk elakkan persaingan baja.

Penyakit
Pokok ini jarang diserang penyakit.  Ini mungkin kerana rasanya yang kuat, seakan-akan bawang putih.

Tuai
Kucai boleh dituai selepas 12 minggu ditanam.  Jangan cabut pokok.  Potong bahagian daun sahaja dan biarkan kucai tumbuh semula.

5 ulasan:

  1. xde jual bawang kuchai ker?
    saya semai xtumbuh lah guna biji benih yg dibeli dipasaraya..

    BalasPadam
  2. Memang susah pakai biji benih. Kena pakai dari pokoknye.

    BalasPadam
  3. pengen tanam sendiri ikh daun kucainya....bs buat masak stiap hari. sedapnyeeeeee

    BalasPadam