Perangkap lalat buah boleh dibuat dari botol air mineral. Anda cuma perlu tebuk lubang pada sisi botol dan tolak bahagian yang ditebuk ke arah dalam supaya berbentuk seperti bubu. Lalat yang masuk ke dalam botol tidak dapat keluar.
Persoalannya, cecair apakah yang perlu digunakan untuk menarik lalat buah untuk memasuki botol tersebut. Ada artikel yang menyatakan lalat buah jantan tertarik kepada cecair methyl eugenol. Cecair ini adalah cecair esther yang beraroma yang diperolehi dari minyak dari tumbuhan herbal dan rempah, misalnya bunga cengkih, basil (kemangin, selasih). Ada yang mencadangkan supaya gunakan jus limau nipis.
Untuk percubaan saya akan gunakan empat jenis cecair. Cecair pertama, jus limau nipis, cecair kedua, esther campuran bunga cengkih, esther campuran kemangin, esther campuran daun salam dan esther campuran kulit kayu manis. Saya akan hebahkan campuran yang dapat memerangkap jumlah lalat buah paling banyak dalam posting tentang perangkap lalat buah yang berikutnya.
Dari hasil eksperimen tersebut, saya akan gunakan cecair yang paling banyak memerangkap lalat.
Eksperimen akan dijalankan selepas cuti tahun baru cina. :)
BalasPadamEksperimen telah dijalankan menggunakan cecair sebagaimana yang disenaraikan. Selepas 2 minggu, tiada satupun lalat buah diperangkap dalam mana-mana botol perangkap. Bukan itu sahaja, tiada satupun cili rosak akibat serangan lalat buah. Kemungkinan, satu dari cecair perangkap menjadi pengusir lalat buah, atau repellent.
BalasPadamSelepas dicuba beberapa kali, saya dapat air rebusan daun kemangin dan selasih boleh digunakan untuk menghambat lalat buah.
BalasPadamsalam en iskandar
BalasPadamnk tahu cAmner nk hapuskan lalat buah
nk guna racun ker perangkap
ingin tahu: SOLAH_PAKA
Tak, bila lalat masuk dalam perangap ia akan leas bila terjatuh ke dalam air.
BalasPadamleas=lemas
BalasPadamkat mane nak gantungkan botol tu? ke letak atas tanah jer? boleh tak kalu tak buat perangkap.....cume spray air rebusan daun kemangin tu kat buah2 cili tu?
BalasPadamTak boleh. Kalau spray kat buah, satu taman lalat buah akan datang singgah kat buah tu.
Padambagaimana keputsan cengkih? Esther tu apa?dpat dari mana?
BalasPadamCengkih sesuai digunakan untuk menghambat lalat buah. Ia tak sesuai dijadikan umpan perangkap. esther adalah bahan kimia yang ada dalam herba yang membuatkan herba berbau wangi.
BalasPadamPersoalannya, dari manakah kita perlu dapatkan esther? Saya ada terbaca dari keratan akhbar menyatakan lalat buah gemar bewarna kuning. Oleh itu, adakah encik telah melakukan penyelidikan tentang tersebut?
BalasPadamEster boleh diperolehi melalui jus buah atau jus herba dan diproses. Saya pernah ekstrak daripada daun herba ketika belajar dulu. Mungkin boleh dipos dalam blog nanti.
BalasPadamMetil Eugenol, bahan yang digunakan untuk menarik perhatian lalat buah ada dijual di kedai agro dan nurseri.
Boleh dicuba, tapi saya dah berhenti guna perangkap kerana ia menarik lalat buah dari kawasan lain ke tanaman saya. Sekarang saya gunakan kaedah sistem buddy.
sistem buddy tu cam ne?
BalasPadamDalam sistem buddy, tanaman lain ditanam untuk melindungi tanaman utama.
Padam