BAWANG ADA BERBAGAI. Sayur ini adalah antara sayur yang paling
mudah ditanam dan diselenggara. Anda boleh tanam dari bebawang (bulb)
atau dari biji. Jika anda tanam dari
biji, masa yang diambil untuk matang agak lama tetapi kos perbelanjaan benih
adalah lebih murah.
Bawang tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Anda perlu merumput selalu untuk mempastikan
rumpai tidak mencuri baja dari tanah. Tanah
pula tidak perlu terlalu basah. Anda tidak perlu menyiram dengan banyak. Gunakan tanah yang kaya dengan kompos.
Cara Menanam Dengan Biji
Semai benih sedalam 2 cm (3/4 inci) dalam barisan. Jarakkan kira-kira 30cm (12 inci). Anda
boleh jarakkan dengan mencabut pokok yang terlalu rapat.
Cara Menanam Dengan Bebawang
Kupas kulit luar yang kering untuk aktifkan bawang. Kulit
ini adalah nipis seperti kertas. Jika bawang tiada tunas, potong sedikit
bahagian atas. Toreh sedikit di bahagian akar.
Geratkan tanah dengan penggerat (rake) untuk
gemburkan tanah. Dengan ibu jari, tolak
bebawang dengan berhati-hati sehingga bebawang tenggelam di dalam tanah. Jika tanah keras, korek lubang menggunakan pengorek
untuk mengelakkan dari mencederakan bebawang. Pastikan bahagian akar berada di bahagian
bawah.
Tanam bawang merah dengan jarak 5 cm (2 inci) dan bawang
besar 10 cm (4 inci). Siram dengan air
tetapi jangan terlalu banyak kerana tanah yang becak akan menyebabkan bebawang
menjadi rosak dan busuk.
Penjagaan
Merumput selalu untuk membuang rumpai. Siram dengan air tetapi jangan sampai tanah
menjadi terlalu basah.
Menuai
Anda boleh potong daun bawang selepas dua minggu. Daun bawang enak dibuat salad atau dimasak
misalnya dibuat cucur bawang. Selain
dari daun, bunga, tangkai bunga dan bebawang boleh dimakan. Bebawang sedia untuk dituai apabila daun mula
menjadi layu, kuning atau bawang mula berbunga. Kebiasaannya, jika anda tuai daun, anda boleh
tuai daun sebanyak 3 kali sebelum kualiti daun menurun.
Masalah Yang Mungkin Dihadapi
Jika tanah terlalu basah, bawang mungkin menjadi busuk dan
berbau. Lalat bebawang juga akan merosakkan tanaman. Gunakan jaring halus untuk menghalang lalat
bebawang, jika ia membawa masalah.
Menanam Dalam Bekas
Bawang tidak perlukan ruang yang banyak dan
akarnya pendek. Jadi, ia juga sesuai
ditanam dalam bekas.
Bawang sesuai ditanam di dalam bekas. Sejambak bawang boleh menghias tingkap rumah yang tiada ruang tanah untuk bertanam.
Tanaman Untuk Kanak-kanak
Oleh kerana bawang cepat dituai, mudah diuruskan dan enak dimakan, ia sesuai dijadikan tanaman untuk aktiviti kanak-kanak.
Bawang sesuai ditanam oleh kanak-kanak
Mengapa Tanam Bawang?
Mungkin ada yang terlintas mengapa ingin tanam bawang,
sedangkan harganya murah. Secara
peribadi, saya tanam bawang untuk mendidik anak-anak supaya minat bertanam
sendiri. Daun bawang yang dituai segar adalah rangup dan enak dibuat
salad dan dibuat jejemput. Lagipun, satu bebawang akan berganda menjadi
sehingga 6 bebawang. Dalam masa 6 minggu, sekilo bawang akan menghasilkan
sehingga 6 kilo bawang. Ini pasti
menjimatkan jika anda mempunyai masa terluang untuk bertanam sendiri.
Asal seulas bawang menjadi 6 ulas.
 |
| Pokok bawang yang ditanam di atas tanah. |
Daun
bawang putih juga enak dibuat salad. Daunnya agak berbeza dari daun
bawang merah dan bawang besar kerana ia seakan-akan daun rumput, iaitu
berbentuk pipih. Daun bawang merah berbentuk rod.
Bawang putih yang disemai dalam pasu plastik. Pokok ini berumur satu minggu.