Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 25 Disember 2010

Tanam Sendiri -- Remayung, Basella, Climbing Spinach, Malabar Spinach

Remayung, Basella alba tumbuh segar di kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang banyak.  Ia amat sesuai ditanam di tanah kompos yang kaya dengan organik.  Anda boleh tanam menggunakan biji atau batang.

Menanam Menggunakan Batang 
Bina batas dan tambahkan tanah kompos kira-kira 2 minggu sebelum menanam.  Kerat batang remayung sepanjang 15 cm (6 inci).  Buang daun.  Tinggalkan hanya bahagian tunas.
Bina lubang di atas batas sedalam 5cm (2 inci).  Tanam batang remayung ke dalam lubang tersebut.  Jangan cucuk batang remayung tanpa membuat lubang terlebih dahulu kerana ini akan merosakkan sel-sel pada batang remayung.  Jarakkan semaian kira-kira 45cm (1.5 kaki).  Siram dengan air. Apabila pokok mulai tumbuh, cucukkan pancang kayu setinggi 3 kaki untuk pokok memanjat.

Menanam Menggunakan Biji 
Bina batas dan tambahkan tanah kompos kira-kira 2 minggu sebelum menanam.  Tanam biji kira-kira 3 benih selubang sedalam 3cm (1 inci).  Jarakkan semaian kira-kira 45cm (1.5 kaki).  Siram dengan air. Apabila pokok mulai tumbuh, cucukkan pancang kayu setinggi 3 kaki untuk pokok memanjat.

Menuai
Potong batang kira-kira 30cm (1 kaki) dari tanah.

Bunga/Benih
Remayung akan berbunga apabila ia menerima kurang cahaya atau air.  Sekiranya anda ingin tuai benih, biarkan pokok berbunga dan berbuah.  Petik apabila buah masak (bewarna ungu) dan keringkan.  Simpan biji untuk ditanam kemudian.

7 ulasan:

  1. jiran berbangsa india menanam pokok remayung ni menggunakan keratan batang.. dia memberikan saya dua biji benih yang ada pada batang tu.. sudah disemai semalam... harap-harap tumbuh lahhh... boleh cuba rasa sayur remayung merah nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah tumbuh. Remayung senang tumbuh dah mudah jaga. Kalau diamalkan makan secara regular, walaupun sedikit insyaAllah sihat. Ia mampu membaiki organ dalaman yang rosak, misalnya pankreas dan ginjal. Telah dibuat kajian secara saintifik.

      Padam
  2. Kebiasaan nya berapa hari untuk bercambah kalau tanam menggunakan benih?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih akan bercambah dalam masa 2 minggu. Ikut kaedah semaian serta jenis tanah yang digunakan.

      Padam
  3. biji benih perlu direndam dala air suam dulu x?

    BalasPadam
  4. Dijakarta dimana awak nak beli bibitny remayung ,terima kasih.

    BalasPadam