Kangkung (Ipomoea aquatica) adalah tumbuhan dari keluarga kembang pagi. Ia ditanam secara berluasa di negara kita Malaysia, Indonesia, Burma, China, sesetengah negara di Afrika dan Australia.
Tanaman ini banyak berjasa kepada manusia. Oleh kerana ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi, kangkung menjadi makanan utama ketika Perang Dunia Kedua. Di China ketika itu, khabarnya ada yang menggantikan nasi. Walaupun ia tidak membekalkan tenaga sebanyak yang dibekalkan oleh nasi dan ubi kayu, ia mampu membekalkan khasiat yang diperlukan oleh badan. Ramai yang terselamat dari maut akibat kebuluran.
Dari maklumat bahan bacaan yang saya perolehi, 100g kangkung (daun dan batang) mengandungi khasiat berikut:
Tenaga, 29.0 kCal, air 90.0g, Protein 3.1g, lemak 0.2g, karbohidrat, 3.6g, Serat, 1.0g, Kalsium, 0.088g, Fosforus, 0.009g, Besi, 0.0052g, Natrium, 0.065g, Kalium, 0.078g, beta-karotena, 4760 mikrogram, Vitamin B1, 0.001g, Vitamin B2, 0.006g, Niacin, 0.006g, dan Vitamin C, 0.0485g.
Tidak hairanlah kangkung dikenali sebagai "Raja Sayur" di Internet.
Kangkung ada tumbuh dalam paya (kawasan berair) dan di atas tanah yang lembap. Ia memerlukan banyak air. Di rumah, ia boleh di tanam di atas tanah atau dalam bekas. Ia juga sangat popular di kalangan penanam kaedah hidrofonik di rumah kerana ia cepat tumbuh dan dapat dituai dalam masa yang singkat.
Jika rakan-rakan ingin didik anak-anak menanam sayur di rumah, kangkung adalah pilihan yang bijak kerana ia cepat tumbuh dan cepat dituai.
Kangkung perlukan banyak air, jadi saya sarankan rakan-rakan guna tanah yang mampu menyimpan banyak air, misalnya tanah kompos yang dicampur sabut. Saya gunakan tanah yang dicampur kompos yang saya buat menggunakan lalang yang separa reput. Jika gunakan tanah liat yang mampat, kangkung yang tumbuh agak berserat dan lambat membesar. Kangkung yang ditanam atas tanah kompos lebih rangup dan enak dimakan sebagai ulam atau salad.
Rakan-rakan boleh semai dari biji atau batang lebihan sayur yang dibeli di pasar.
Jika gunakan biji, tanam dalam lubang sedalam 3cm dan jarakkan kira-kira 10 hingga 15cm. Biasanya benih akan bercambah dalam masa 2 hari.
Benih kangkung |
Menyemai
Jika tanam melalui batang, rakan-rakan boleh gunakan batang tanpa daun dengan panjang kira-kira 10cm. Pastikan tiada bahagian batang yang rosak (busuk) untuk elakkan jangkitan penyakit. Cucuk batang sedalam 5 cm. Tunas akan keluar dalam masa 2 hari. Sebenarnya kalau tanam melalui batang, anda dapat tuai dengan lebih cepat berbanding dengan tanam melalui biji.
Penjagaan
Di hari yang tidak hujan, siram dua kali sehari. Jika gunakan tanah yang digaul dengan kompos, tidak perlu pembajaan tambahan. Jika gunakan tanah tanpa ditambah kompos, baja seminggu sebelum disemai, dan selepas 3 minggu disemai.
Membaja
Baja apa yang sesuai? Jika anda ingin tanaman organik, baja tinja ayam, kambing atau lembu sesuai digunakan. Saya gunakan baja cecair, iaitu perut ikan yang dikisar. Untuk rakan-rakan yang ingin gunakan baja kimia, boleh gunakan baja 15;15:15 NPK. Larutkan satu sudu dalam 2 liter air (2 botol air mineral besar).
Merumput
Jika tanam dalam bekas, buang rumpai apabila kelihatan. Jika tanam atas tanah, merumput kira-kira seminggu sekali.
Jika tanam di atas tanah, perlu merumput selalu untuk elakkan persaingan baja. |
Menuai
Potong bahagian pucuk selepas 4 hingga 6 minggu selepas ditanam. Tinggalkan tang kira-kira 5cm atas tanah dan biarkan ia tumbuh semula untuk dituai kira-kira 2 minggu kemudian.
Kangkung cepat membesar, selepas 4 minggu ia sedia untuk dituai. |
Kangkung yang baru dituai enak rasanya. |
Penyakit
Kangkung adalah tanaman yang tahan dan jarang terkena penyakit. Kadang-kadang terdapat tompok-tompok putih jangkitan kulat white rust (Albungo ipomoeae-panduratae). Petik dan bakar daun yang dijangkiti kulat. Masalah ini tidak ketara kerana lazimnya penyakit tersebut akan menyerang hanya selepas jangka masa pokok telah dituai. Ulat dan kumbang busuk suka memakan daun dan batang kangkung. Kutip dan buang jika temui ulat.
Masakan
Menunggu resepi istimewa dari rakan-rakan. ;)
he..he.. Amar baru menyemai batang kangkung 2 hari lepas.. lebihan daripada makanan arnabnya... tapi belum nampak tunas yg keluar lagi...
BalasPadamKalau tanam dengan batang lagi cepat tumbuh. Arnab memang suka kangkung, kalau terlepas kat kebun boleh pengsan tuan kebun. :)
BalasPadamkangkung kalau disemai dengan biji benih..perlukah dilindung dgn net hitam tu bagi elak tempias hujan
BalasPadamJika pokok ditanam berdekatan air yang mencurah dari atap, perlu perlindungan. Jika air yang jatuh terus dari langit, tak perlu. kangkung suka air yang banyak.
Padamkangkung masak tumis belacan sedapp hehe
BalasPadamSangat setuju.
Padamnak cuba tanam kangkung lah plak tuan Is....
BalasPadamingat nak buat dalam kotak2 kayu letak bawah kolong bleh tuan?...
Boleh aja, asalkan dapat cahaya terang.
PadamBagus ni..tanam kangkung... Nak jimat.. Sedap sangat kangkung
BalasPadam:)
PadamKangkung sy tiba2 ada bintik2 hitam pada daunnya dan sgt cepat merebak. Apa pendapat tuan?
BalasPadam