Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Jun 2014

Tanam Sendiri Kai Lan

Menanam Kailan
Kailan adalah makanan berkalori rendah yang kaya dengan vitamin, antioksidan, serat dan mineral. Ia amat baik untuk kesihatan. Ahli sains juga telah membuktikan sayuran dari jenis ini yang baru dipetik kaya dengan fitonutrien seperti thiocyanate, indole, sulforaphae, isothiocyanate dan flavonoid seperti beta carotene cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin. Dari kajian yang mereka lakukan, sebatian ini mampu mengubah secara positif utusan molekul reseptor untuk melindungi diri anda dari barah prostat, kolon, pundi kencing, pankreas dan payu dara. Sayuran kai lan yang segar kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kulit dan melawan selesema. Vitamin A, juga sejenis antioksidan bercampur dengan pro-vitamins termasuk beta karotena, alpha karotena, zeaxanthin, mampu mengekalkan keremajaan kulit dan kesihatan mata. Ia mampu mengelakkan kerosakan mata pada warga emas.

Kai lan segar, banyak khasiatnya.


Nah tunggu apa lagi, mari kita tanam dan makan kailan segar tanpa racun perosak.

Di mana nak tanam?
Kailan boleh tumbuh sehingga paras pinggang, jadi tanam dalam tempat yang ada ruang yang mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Anda boleh tanam dalam bekas. Gunakan tanah kompos atau tanah yang mampu memegang air tetapi tidak menakung air. Saya gunakan tanah kompos yang diperbuat dari rumpai yang dipotong.

Bila nak tanam?
Negara kita panas sepanjang tahun, bila-bila pun boleh tanam.

Semai
Benih kailan amat kecil iaitu berbentuk bulat dengan diameter kira-kira 2mm. 
Semai dalam bekas semaian atau modul semaian sedalam 2 cm. Benih akan bercambah dalam masa 2 hari.


Benih kailan


Alih
Alih pokok selepas 6 hingga 8 hari. Hati hati ketika mengalih, jangan rosakkan akar. Jarakkan kira-kira 45 hingga 60cm (18 hingga 24 inci).


Anak Kailan, berumur seminggu

Penjagaan
Buang rumpai selalu. Siram tetapi jangan terlalu banyak. Baja dengan baja organik.

Tuai
Anda tidak perlu tuai seluruh pokok. Petik daun yang segar dan biarkan pokok terus tumbuh.


Tuai daun untuk hasil yang berterusan.


Penyakit
Kailan tahan penyakit. Bagaimanapun perhatikan kehadiran ulat. Jika ada, buang ulat tersebut. Kutu daun (aphid), lalat kobis, lintah bulan, lalat putih juga suka memakan daun kailan. Bahagian akar juga mungkin diserang kulat.  Kailan juga sering diserang belalang.  

Pokok Hasilkan Benih
Apabila pokok kurang disiram, ia akan keluarkan bunga.  Proses ini disebut "bolting."  Untuk dapatkan benih, biarkan ia terus tumbuh.  Apabila jambak buah kering, simpan benih untuk disemai lagi. 


Pokok kailan yang menghasilkan bunga.

11 ulasan:

  1. En Is, sy nak semai terus ke tanah. Perlu sungkup ke atau boleh dibiarkan tanah pd direct sunlight? Mcm mane kalau hujan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga pasang sungkup, misalnya pelepah dan daun kelapa.

      Padam
  2. Salam alaik. kalau sungkup guna rumput baru lpas mesin boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waallaikum salam,
      Biasanya tak digalakkan kerana mungkin masih ada benih rumpai yang bernas.

      Padam
  3. En Is, benih kalian kena semai sedalam 2cm?kalau sy tabor macam tu sahaja boleh ke?sawi pun sama ke?

    BalasPadam
  4. Bpa lama ambik ms smpai bleh tuai...saya tabur aritu..naik penuh dlm pasu...nk alih xda tempat..bleh ke biar kan ka

    BalasPadam
  5. assalamualaikum tuan. saya dah 2 kali cuba semai kailan. masa dia mula keluarkan daun tu cantik, memberansangkan. tapi sampai tahap itu saja. dua2 kali percubaan saya tu kailan sy cuma sampai tahap 2 anak daun sahaja. x pernah dapat sampai gambar seminggu tuan di atas tu. agak2nya benih yang saya gunakan tidak berkualiti atau medium saya bermasalah ya?

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.. Saya nak tanya anak pokok kailan saya tanam baru ada 2 helai daun boleh ubah ke dalam pasu lain ka.. Saya semai dalam try semaian.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, saya nak tanya pernah tak guna racun serangga Oshin dinotefuran 1% untuk halau serangga perosak di kailan?

    BalasPadam