Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 29 Disember 2010

Gambar Hari ini -- Tarragon, Artemisia dracunculus



Tarragon (Artemisia dracunculus) adalah tumbuhan perennial yang mempunyai daun yang tirus dengan permukaan yang licin, tanpa bulu-bulu halus. Pokok ini menghasilkan bunga kecil yang berwarna kuning. Tarragon berasal dari kawasan dingin di Amerika, Asia dan Siberia. Perkataan tarragon adalah berasal dari perkataan perancis yang bermaksud "naga kecil."  Pokok dalam gambar di atas telah ditanam dari batang yang dibeli dari sebuah pasaraya.

4 ulasan:

  1. herba... oh herba...
    saya juga minat menanam herba dan masih mencari-cari herba yg nak ditanam. Saya bercadang nak tanam herba yg tidak begitu tinggi yg boleh disesuaikan dgn ruang yg terhad. Mungkin nak jadikan ala2 'kebun herba' :D Ada sebarang cadangan?

    BalasPadam
  2. Boleh cuba thyme, oregano, french tarragon, rosemary dan sweet basil. Semua mudah tumbuh.

    BalasPadam
  3. Salam En. Iskandar, saya nak tanye..saya nak cuba tanam tarragon dgn thyme yang beli kat pasaraya tu..perlu ke saye potong buang kesemua daunnya dulu sebelum tanam?
    kalau rosemary pulak takde yang bahagian ranting berkayu tu boleh ke guna untuk tanam?
    harap beri tunjuk ajar..terima kaseh..

    BalasPadam
  4. Ya, herba tersebut boleh digunakan. Sebelum cucuk, buang semua daun dan rendam dalam medium penggalak akar terlebih dahulu.
    Keratan batang lembut rosemary juga boleh digunakan. Kaedah sama juga.

    Oh ya, kami juga bekalkan serbuk penggalak akar. Ia mengandungi asid indo butirik (IBA) yang memudahkan aliran auksin, iaitu hormon pertumbuhan dalam keratan tanaman. stok terhad. Hanya RM10 untuk 2 bekas kecil.

    BalasPadam