Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 11 Disember 2010

Benih Yang Berterusan

Untuk orang yang bertanam sendiri di belakang rumah seperti kita, tidak perlu beli benih yang banyak.  Satu peket kecil seperti yang dijual di pasaraya dan nurseri sudah mencukupi.  Misalnya, salad cina.  Satu peket kecil kalau ditaman semua akan menghasilkan kira-kira 50 cambahan. 

Selepas "thinning," iaitu membuang cambahan yang terlalu rapat, mungkin tinggal dalam 30 anak pokok yang membesar hingga anda dapat tuai.  Ketika tuai, jangan diambil semua -- gunakan teknik petik dan makan.  Petik daun sahaja, tinggalkan pokok untuk terus tumbuh. 

Saya buat begini dan dapat petik salad setiap hari selama dua bulan.  Selepas dua bulan, pokok menjadi tinggi dan daun yang dihasilkan kecil bewarna hijau tua.  Ia pahit dan tidak lagi sesuai untuk dimakan.  Tidak lama kemudian bunga akan dihasilkan dan menghasilkan benih.  Satu pokok dapat hasilkan satu jambak bunga.  Satu jambak mengandungi 10 tangkai.   Setiap tangkai ada kira-kira 10 kuntum bunga.  Setiap kumtum ada kira-kira 30 biji yang bernas.  Nah kira sendiri.

1 jambak bunga = 15 tangkai/jambak X 10 kuntum/tangkai X 30 biji/tangkai
= 4500 biji

Itu baru dari 1 pokok.  Yang saya tanam ada kira-kira10 pokok salad dalam pasu yang sedang berbunga.  Ini semua hanya berasal dari secubit benih.  Alhamdulillah, makanan percuma kurniaan Yang Maha Esa.  Dapatlah kita berkongsi benih.
  

   Sejambak benih salad bakal membekalkan salad untuk santapan sepanjang tahun.

4 ulasan:

  1. salad aper yg sesuai ditanam dengan kurg penyakit.....saya tidak suka mkn salad coral(salad biasa) saya suke salad romaine........adakah salad cina sesedap dan serangup slad romaine?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut individu. Rambut sama hitam, selera berbeza data D'lloyd.

      Padam
  2. Benih salad tu dibiarkan kering di pokok ke en. Is? Berapa lama baru boleh ambil benih tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, biarkan kering dipokok. Biasanya dalam 1 hingga 2 minggu selepas ada tanda kering. Jangan tunggu terlalu lama, ia mungkin terbang dibawa angin. nanti seluruh halaman rumah, serta jiran-jiran naik rumpai jenis baru -- salad cina. :)

      Padam