Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 13 Disember 2010

Bagaimana Menanam Stevia?

Ada dua cara untuk tanam stevia; pertama dengan keratan batang, kedua dengan benih.

Benih stevia amat halus dan memakan masa yang lama untuk membesar, saya syorkan menanamnya dengan batang.  Potong induk pada ranting yang kuat dan berkayu.  Buang daun dan tinggalkan tunas sahaja.  Celup ke dalam cecair penggalak akar (rooting agent), jika ada.

Lakukan sebelah petang.  Ini untuk mengelakkan keratan layu kerana panas matahari.
Saya syorkan supaya gunakan tanah kompos yang dicampur tanah liat.  Saya pernah cuba dengan tanah bakar, tetapi tidak menjadi.  Siram sedikit untuk lembapkan tanah.  Gunakan kayu penyepit atau ranting untuk buat lubang kira-kira 1 cm sedalam 4 cm.

Cucuk keratan stevia dan tutup ruang lubang dengan tanah kompos.  Jangan mampatkan tanah kerana ini akan mengurangkan ruang udara dalam tanah.  Jangan cucuk keratan tanpa membuat lubang terlebih dahulu kerana ini akan mencederakan keratan.  Kekalkan kelembapan tanah tetapi jangan siram terlalu banyak air.

Simpan di tempat redup.  Apabila stevia mula membesar, alih bekas ke tempat panas sekali sekala untuk kuatkan pokok.  Apabila batang berkayu telah tumbuh alih ke tempat kekal atau ke pasu yang lebih besar.

Untuk rujukan bergambar, akan dimasukkan dalam artikel Tanamsendiri--Stevia.  :)  

9 ulasan:

  1. kalau kita tanam sendiri , ada pasaran ke.. nanti kalau nak jual , orang komen tak ada mutulah dan banyak alasan lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Ramsari, tapi sasaran tanamsendiri adalah untuk kegunaan sendiri.

      Padam
  2. Saya sudah menanam pokok stevia selama 3 tahun
    Dalam pengalaman saya:-
    1. Kalau tanam pucuk stevia yang sudah berkayu senang tumbuh tapi cepat berbunga.
    2. Tanam pucuk stevia yang muda lembut belum berkaya resiko mati itu tinggi tapi yang hidup amat cantik serta lambat berbunga.

    Soalan saya adakah memang benar begitu atau ianya hanya secara kebetulan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Kalau batang lembut, risiko serangan kulat juga tinggi.

      Padam
    2. saya mau pesan biji nya bisa gak? mksh

      Padam
  3. En. Is tade bekal biji benih stevia?

    BalasPadam
  4. Tiada, saya semai menggunakan keratan batang.

    BalasPadam
  5. sy nak beli keratan batang stevia ni en.is...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat masa ni belum ada stok. Induk dah mati. InsyaAllah saya akan usahakan untuk dapatkan batch yang baru.

      Padam