Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 1 Januari 2011

Ayam dan Kai Lan Tanamsendiri Dalam Sos Tiram

Bahan
1/2 cawan (125ml) stok ayam
1/4 cawan (60ml) sos tiram
2 sudu teh tepung jagung
2 sudu teh manisan (gula melaka)
1/2 sudu teh minyak sesame
2 sudu minyak masak
500 g dada ayam, dipotong nipis
4 daun bawang besar tanamsendiri, dipotong
1/2 ulas halia diparut atau potong halus
2 ulas bawang putih
10 helai daun kai lan tanamsendiri dipotong


Cara Memasak
1. Gaulkan stok ayam, sos tiram, tepung jagung, dan minyak sesame dalam mangkuk.
2. Panaskan 1 sudu minyak masak dalam kuali, goreng ayam dalam sehingga masak.  Keluarkan ayam dari kuali.
3.  Masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan tumis bawang, halia, bawang putih, kalilan tanamsendiri sehingga kailan lembut. 
4.  Masukkan kembali ayam yang telah digoreng ke dalam kuali.  Masukkan campuran sos dari dalam mangkuk ke dalam kuali,  Kuatkan api an panaskan sehingga sos mendidih dan pekat sedikit.
5.  Keluarkan dan hidangkan bersama nasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan