Cacing tanah membantu menggemburkan tanah apabila ia mengorek tanah ketika bergerak. Ia juga mengurai daun-daun reput menjadikan tanah sangat subur.
TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Jumaat, 31 Disember 2010
Sahabat Tanam Sendiri -- Cacing Tanah, Earthworm
Khamis, 30 Disember 2010
Gambar Hari Ini -- Pokok Beri Ajaib, Miracle Berry, Miracle Fruit, Synsepalum dulcificum
Pokok beri ajaib berasal dari Afrika Barat. Buah Beri Ajaib mampu membuat buah yang merasa pahit dan masam terasa manis seperti gula-gula. Kesan rasa manis ini bermula kira-kira 20 hingga 30 minit selepas memakan Buah Beri Ajaib. Pokok Beri Ajaib juga dikenali sebagai Pokok Seribu Manis.
Labels:
beri ajaib,
miracle berry,
seribu manis,
Synsepalum dulcificum
Rabu, 29 Disember 2010
Gambar Hari Ini -- Pokok Pandan, Pandanus amaryllifolius
Pokok pandan adalah pokok rumput besar yang mempunyai bau yang wangi. Ia digunakan dalam masakan Melayu terutamanya sebagai perisa kuih. Pandan juga digunakan sebagai pewangi atau bunga rampai (potpouri).
Gambar Hari Ini -- Serai, Cymbopogon citratus
Pokok serai berbentuk rumput yang panjang yang kelihatan seperti lalang. Daun dan batangnya berbau wangi dan boleh ditanam dalam pasu, bekas atau di atas tanah. Ia digunakan sebagai perisa dalam masakan Melayu, Siam dan Vietnam.
Makhluk Perosak -- Kulat
Pokok yang mati serang kulat.
Beberapa batang pokok roselle, bendi dan terung telah mati diserang kulat. Sebagai penyelesaian, untuk mempastikan kulat tidak merebak ke pokok lain, pokok yang dijangkiti telah dikutip dan dibakar.
Labels:
Hibiscus sabdariffa,
kulat,
makhluk perosak,
roselle
Gambar Hari ini -- Tarragon, Artemisia dracunculus
Tarragon (Artemisia dracunculus) adalah tumbuhan perennial yang mempunyai daun yang tirus dengan permukaan yang licin, tanpa bulu-bulu halus. Pokok ini menghasilkan bunga kecil yang berwarna kuning. Tarragon berasal dari kawasan dingin di Amerika, Asia dan Siberia. Perkataan tarragon adalah berasal dari perkataan perancis yang bermaksud "naga kecil." Pokok dalam gambar di atas telah ditanam dari batang yang dibeli dari sebuah pasaraya.
Labels:
Artemisia dracunculus,
herba,
tarragon
Tanam sendiri -- Salad Pepperomia, Herba Sepit Ketam Vietnam, Pepperomia pellucida
Tumbuhan herba kecil yang berair dengan warna hijau terang ini mempunyai daun berbentuk jantung. Daun serta batangnya dimakan sebagai ulam dan amat sesuai dicampur dalam salad.
Pokok salad pepperomia mempunyai biji yang kecil yang mudah membiak. Ia sesuai ditanam dalam tanah yang lembap.
Cara Menanam
Gaulkan benih ke dalam segenggam tanah untuk jarakkan biji. Taburkan ke dalam bekas semaian atau terus ke atas batas. Ia juga amat sesuai ditanam dalam bekas atau pasu yang berisi tanah kompos.
Benih akan tumbuh dalam masa seminggu. Siram selalu.
Menuai
Petik daun serta batang apabila pokok mencapai 15 cm (6 inci). Potong kira kira 5 cm dari tanah supaya pokok tumbuh semula.
Penyakit:
Pokok ini amat tahan dan jarang diserang penyakit.
Pokok salad pepperomia mempunyai biji yang kecil yang mudah membiak. Ia sesuai ditanam dalam tanah yang lembap.
Cara Menanam
Gaulkan benih ke dalam segenggam tanah untuk jarakkan biji. Taburkan ke dalam bekas semaian atau terus ke atas batas. Ia juga amat sesuai ditanam dalam bekas atau pasu yang berisi tanah kompos.
Benih akan tumbuh dalam masa seminggu. Siram selalu.
Menuai
Petik daun serta batang apabila pokok mencapai 15 cm (6 inci). Potong kira kira 5 cm dari tanah supaya pokok tumbuh semula.
Penyakit:
Pokok ini amat tahan dan jarang diserang penyakit.
Pepperomia, mudah tumbuh.
Resepi -- Tumis Asam Pedas Telur Ikan Tenggiri dengan Bendi Tanamsendiri
Tumis asam Pedas Telur Ikan Tenggiri dan Bendi Tanamsendiri sesuai dijadikan lauk nasi.
Bahan-bahan
- 1/2 kilo telur ikan tenggiri
- 6 biji bendi muda Tanamsendiri
- 1/2 inci (1.5 cm) halia dilumatkan
- 1 sudu besar minyak masak kelapa sawit Malaysia
- 5 ulas bawang putih dilumatkan
- 2 biji bawang besar dikisar
- 3 sudu besar cili kering giling
- 5 tangkai daun kesom (water peppr) Tanamsendiri
- 1 sudu besar pati tamarin (asam jawa)
- 1 sudu teh gula
- 1/2 sudu besar garam
- 5 cawan air
Cara Memasak
- Panaskan minyak masak kelapa sawit Malaysia ke dalam periuk saiz sederhana.
- Masukkan bawang putih dan halia, tumis sehingga wangi.
- Dengan berhati-hati, masukkan cili kering giling dan teruskan menumis sehingga wangi.
- Masukkan bawang kisar dan teruskan menumis sehingga air bawang hampir kering.
- Tambahkan 5 cawan air.
- Masukkan daun kesom dan pati tamarin.
- Apabila masakan mendidih, masukkan telur ikan tenggiri. Jangan masukkan sebelum mendidih kerana ini akan menguatkan rasa hanyir telur ikan.
- Kacau dengan berhati-hati.
- Apabila masakan mula mendidih masukkan bendi.
- Masukkan garam dan gula.
- Kacau dengan berhati-hati.
- Teruskan memasak 10 hingga minit selepas masakan mendidih.
Hidangkan bersama nasi ketika masakan masih panas.
Labels:
bendi,
daun kesum,
resepi,
sambal tumis,
telur ikan tenggiri
Isnin, 27 Disember 2010
Tuaian Hari Ini -- Petola Segi dan Kacang Panjang
Labels:
buah petola segi,
kacang panjang,
tuaian
Gambar Hari Ini -- Buah Markisa, passion fruit
Ahad, 26 Disember 2010
Rumpai dan Makhluk Perosak
Cabaran paling menarik jika tanam atas tanah di perkarangan
rumah ialah rumpai dan makhluk perosak. Kita boleh ambil jalan mudah
iaitu dengan menggunakan racun rumpai dan racun serangga. Tetapi apalah gunanya
tanam sendiri di perkarangan rumah dengan menggunakan racun, tuaian kita akan
sama dengan sayur/buah di pasar. Elok beli saja sayur di pasar, lagi
murah. Orang yang bertanam secara komersial, memang patut gunakan racun
kerana mereka tanam sejenis tanaman sahaja dan sememangnya mudah diserang
penyakit dan makhluk perosak. Lagupun pengguna sememangnya mahukan sayur
yang segar tanpa cela.
Saya sememangnya membiarkan rumpai tumbuh di sekeliling
rumah. Cuma saya biarkan jumlah dan ketinggiannya terkawal. ini
kerana saya gunakan kembali rumpai sebagai baja. Lagipun ada
rumpai yang mengeluarkan bunga yang cantik dan buah beri yang menarik burung ke
taman.
Malangnya rumpai membawa masalah lain. Selain
berebut ruang dan baja dengan tanaman utama, ia juga menjadi hos kepada makhluk
perosak. Misalnya pokok ulat bulu (Passiflora foetida) mempunyai
makhluk perosak yang sama dengan pokok peria yang saya tanam.
Rumpai juga membuatkan perkarangan rumah kelihatan kurang
enak dipandang. Anda akan mendapat masalah jika tinggal di kawasan
jiran yang menyibuk. Biasanya orang begini akan menggunakan authority untuk
mencapai niat buruk mereka. Jangan terkejut jika anda menerima notis
kompaun kacau ganggu dari pihak perbandaran kerana menanam pokok.
Antara rumpai yang menjadi masalah dalam perkarangan rumah
saya ialah:
1. Lalang. Tetap kembali walaupun dicabut
sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kebaikannya ada, daun lalang yang
dipotong dikumpulkan untuk dijadikan kompos. Untuk mengawal lalang, saya
cabut hingga ke akar. sekiranya tidak sempat, potong tangkai
berbunga sebelum menjadi benih yang bernas. Bakar tangkai bunga
tersebut. Sebenarnya lalang yang tumbuh melata ada kebaikannya. Ia
membantu menutup tanah yang terdedah dan mengelakkan dari hakisan. Sekiranya anda seorang usahawan yang kreatif,
pasti anda dapat mencari kegunaan tumbuhan ini.
2. Semalu, Mimosa pudica. Rumpai
ajaib ini ada dijual di negara maju sebagai tumbuhan curio kerana
daunnya yang bergerak tertutup apabila tersentuh. Ciri ini menyebabkan
tumbuhan ini sukar dibuang sehingga habis. Ini kerana
apabila daunnya tertutup, saiznya akan menjadi lebih kecil dan
tersorok dalam rumpai yang lain. Semalu juga mempunyai duri yang
tajam yang menyukarkan anda mencabutnya. Bagaimanapun, semalu ada
gunanya. selain digunakan sebagai herbal perubatan, semalu adalah
tumbuhan kekacang yang membantu mengkayakan tanah dengan sebatian nitrogen,
sejenis nutrien yang amat diperlukan oleh tumbuhan. Saya cabut semalu
hingga ke akar menggunakan pengcungkil. Pastikan anda memakai sarung
tangan kain yang tebal sebelum memegang patang semalu.
3. Kacang penutup bumi. Pokok kacang ini
benar-benar menjadi masalah kepada saya kerana ia membiak dengan cepat.
Batangnya yang halus melilit batang serta ranting tanaman utama. Akarnya
yang panjang amat sukar dibuang semua. Akibatnya, tunas baru
akan tumbuh dari akar yang tertinggal. Tumbuhan ini juda ada
gunanya. Ia adalah tumbuhan yang membekalkan sebatian nitrogen ke dalam
tanah. Walaupun sukar dikawal saya pastikan ia tidak tumbuh sekitar 1
kaki dari tanaman utama.
Pokok Mamam Hantu, rumpai yang cepat membiak.
Ulat bulu yang hidup di atas rumpai pokok ulat bulu (Passiflora foetida). Ia juga memakan daun pokok peria. Perhatikan durinya yang tajam dan halus. Ia mengandungi bisa toksin yang memudaratkan.
Antara makhluk perosak yang mengganggu tanaman saya ialah
ulat bulu (gambar di atas), lalat buah (membiak dalam buah cili), tree shrew
(mencuri buah ciku), kupu-kupu putih (merosakkan pokok cili dan kacang), bena
(aphid yang mengambil cecair dari daun dan batang pokok kacang kelisa, kacang
panjang), kulat batang yang membunuh pokok roselle, belalang (memakan daun
sayur), dan anak dara cina (mengambil cecair dari batang dan daun pokok
roselle).
1. Ulat bulu yang mempunyai toksin amat
merbahaya. Saya tidak mengutipnya kerana bimbang tersuntik dengan
toksin. Saya bakar ulat ini menggunakan pemetik api panjang yang
digunakan di dapur. Ustaz saya marah bakar haiwan untuk membunuh.
Maaf ustaz, terpaksa.... Saya juga hanya melepaskan kucing keluar rumah
selepas pukul 10 pagi. Ini untuk mempastikan ia tidak keluar memburu
burung yang datang mengutip ulat dan benih rumpai yang banyak dalam perkarangan
halaman rumah.
2. Kupu-kupu putih bersaiz kecil. ia
menghasilkan larva kecil yang memakan permukaan daun menyebabkan daun menjadi
menggerutu. Kupu-kupu ini menyerang daun cili dan kacang kelisa.
Saya bakar sutera yang terhasil pada daun. Sutera ini melindungi larva
kupu-kupu tersebut.
3. Lalat buah baru menyerang dan banyak buah cili
gugur ke tanah. Saya telah kutip semua buah yang gugur dan buang semua
buah yang masih berada di atas pokok. Kesemuanya dibakar untuk
mengelakkan ulat larva menjadi lalat dewasa. Saya juga akan pasang
perangkap lalat buah menggunakan botol palstik dengan cecair umpan yang dibuat
sendiri. Ramuannya akan dibincangkan dalam posting blog ini.
4. Shrew ini seakan-akan tupai, tetapi sebenarnya ia
bukan tupai. Shrew kebiasaannya adalah sahabat kita kerana makanan
utamanya adalah serangga perosak (belalang). Kadang-kadang ia mencuri
buah yang ranum. Saya biarkan aja shrew bermain di taman kerana ia
sebenarnya sahabat tanamsendiri. Untuk mengelakkan ia mencuri lagi saya
akan pasang jaring sekeliling pokok yang mempunyai buah yang hampir ranum.
Labels:
bena,
kupu-kupu putih,
lalang,
makhluk perosak,
mamam hantu,
rumpai,
semalu,
ulat bulu
Sahabat Tanam Sendiri -- Kumbang
Sabtu, 25 Disember 2010
Tanam Sendiri -- Remayung, Basella, Climbing Spinach, Malabar Spinach
Remayung, Basella alba tumbuh segar di kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang banyak. Ia amat sesuai ditanam di tanah kompos yang kaya dengan organik. Anda boleh tanam menggunakan biji atau batang.
Menanam Menggunakan Batang
Bina batas dan tambahkan tanah kompos kira-kira 2 minggu sebelum menanam. Kerat batang remayung sepanjang 15 cm (6 inci). Buang daun. Tinggalkan hanya bahagian tunas.
Bina lubang di atas batas sedalam 5cm (2 inci). Tanam batang remayung ke dalam lubang tersebut. Jangan cucuk batang remayung tanpa membuat lubang terlebih dahulu kerana ini akan merosakkan sel-sel pada batang remayung. Jarakkan semaian kira-kira 45cm (1.5 kaki). Siram dengan air. Apabila pokok mulai tumbuh, cucukkan pancang kayu setinggi 3 kaki untuk pokok memanjat.
Menanam Menggunakan Biji
Bina batas dan tambahkan tanah kompos kira-kira 2 minggu sebelum menanam. Tanam biji kira-kira 3 benih selubang sedalam 3cm (1 inci). Jarakkan semaian kira-kira 45cm (1.5 kaki). Siram dengan air. Apabila pokok mulai tumbuh, cucukkan pancang kayu setinggi 3 kaki untuk pokok memanjat.
Menuai
Potong batang kira-kira 30cm (1 kaki) dari tanah.
Bunga/Benih
Remayung akan berbunga apabila ia menerima kurang cahaya atau air. Sekiranya anda ingin tuai benih, biarkan pokok berbunga dan berbuah. Petik apabila buah masak (bewarna ungu) dan keringkan. Simpan biji untuk ditanam kemudian.
Menanam Menggunakan Batang
Bina batas dan tambahkan tanah kompos kira-kira 2 minggu sebelum menanam. Kerat batang remayung sepanjang 15 cm (6 inci). Buang daun. Tinggalkan hanya bahagian tunas.
Bina lubang di atas batas sedalam 5cm (2 inci). Tanam batang remayung ke dalam lubang tersebut. Jangan cucuk batang remayung tanpa membuat lubang terlebih dahulu kerana ini akan merosakkan sel-sel pada batang remayung. Jarakkan semaian kira-kira 45cm (1.5 kaki). Siram dengan air. Apabila pokok mulai tumbuh, cucukkan pancang kayu setinggi 3 kaki untuk pokok memanjat.
Menanam Menggunakan Biji
Bina batas dan tambahkan tanah kompos kira-kira 2 minggu sebelum menanam. Tanam biji kira-kira 3 benih selubang sedalam 3cm (1 inci). Jarakkan semaian kira-kira 45cm (1.5 kaki). Siram dengan air. Apabila pokok mulai tumbuh, cucukkan pancang kayu setinggi 3 kaki untuk pokok memanjat.
Menuai
Potong batang kira-kira 30cm (1 kaki) dari tanah.
Bunga/Benih
Remayung akan berbunga apabila ia menerima kurang cahaya atau air. Sekiranya anda ingin tuai benih, biarkan pokok berbunga dan berbuah. Petik apabila buah masak (bewarna ungu) dan keringkan. Simpan biji untuk ditanam kemudian.
Khasiat Remayung, Bayam Malabar, Basella
Terdapat dua jenis remayung iaitu remayung merah (batang berwarna ungu kemerahan) dan remayung hijau (batang bewarna hijau). Pokok ini mempunyai daun berbentuk jantung. Ia mampu tumbuh sehingga 10m panjang. Remayung adalah tumbuhan memanjat. Ia juga dikenali sebagai bayam malabar dan bayam memanjat. Sebenarnya remayung bukannya dari jenis bayam.
Remayung adalah sayur herbal yang berlendir yang sering menjadi masakan cina. Ia lazimnya dibuat sup sayur atau dimasak bersama ketam. Dalam kajian yang telah dibuat pada tikus makmal yang berpenyakit diabetis, remayung mampu mengubati buah pinggang, hati dan pankreas tikus yang telah rosak.
Sayur herbal ini amat sesuai dimakan oleh pesakit diabetis untuk membaiki buah pinggang, hati dan pankreas yang rosak. Ia boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak.
Remayung adalah sayur herbal yang berlendir yang sering menjadi masakan cina. Ia lazimnya dibuat sup sayur atau dimasak bersama ketam. Dalam kajian yang telah dibuat pada tikus makmal yang berpenyakit diabetis, remayung mampu mengubati buah pinggang, hati dan pankreas tikus yang telah rosak.
Sayur herbal ini amat sesuai dimakan oleh pesakit diabetis untuk membaiki buah pinggang, hati dan pankreas yang rosak. Ia boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak.
Remayung Merah, Basella rubra
Gambar Hari Ini -- Remayung Merah, Basella rubra
Labels:
basella rubra,
climbing spinach,
gambar,
remayung
Jumaat, 24 Disember 2010
Panduan Menanam Tauge, Jabatan Pertanian Negeri Perak
Untuk rakan-rakan yang inginkan maklumat cara menanm tauge secara komersial. Laman dibangun oleh Jabatan Pertanian Negeri Perak. Pautan dicadangkan oleh Sdr Pok Ya kita. Terima kasih Pok Ya.
http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=438%3Apanduan-menanam-tauge&catid=68%3Amanual-tanaman
http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=438%3Apanduan-menanam-tauge&catid=68%3Amanual-tanaman
Labels:
bean sprout,
cambah,
jabatan pertanian,
link,
perak,
taugeh
Kucing Musuh Taman
Sekiranya anda tanam sendiri, tentu anda tidak mahu gunakan racun kawalan makhluk perosak. Haiwan perosak pasti akan mula berkunjung ke taman anda. Ini tidak menjadi masalah kerana ia akan dikutip oleh burung yang singgah di taman ketika awal pagi. Anda akan dapati ada sedikit daun berlubang dimakan ulat atau serangga, tetapi ulat atau serangga tersebut tidak lagi kelihatan. Ini kerana ia telah habis dikutip oleh burung.
Malangnya jika ada kucing berkunjung ke taman, burung-burung akan bertempiaran lari. Maka ulat dan serangga mula bermaharajalela. Sekiranya anda memiliki kucing, lepaskan kucing lewat sedikit, iaitu pukul 10-10.30am, iaitu selepas burung-burung berkunjung mengutip ulat dan serangga.
Kucing juga akan 'melepas' dalam tanah yang anda telah gemburkan. Ini amat bahaya kerana tinja kucing mengandungi kuman yang boleh menyebabkan penyakit dan menyebabkan pokok mati. Untuk elakkan dari perkara ini berlaku, susun serpihan bata atau marmar supaya kucing tidak dapat menggali. Satu lagi cara, siram pangkal pokok di kawasan tanah terdedah dengan baja yang diperbuat dari perut ikan yang dikisar (blend). Kucing akan menjilat-jilat tanah atau pangkal pokok tersebut dan tidak akan 'melepas' dalam tanah tersebut.
Kucing juga akan 'melepas' dalam tanah yang anda telah gemburkan. Ini amat bahaya kerana tinja kucing mengandungi kuman yang boleh menyebabkan penyakit dan menyebabkan pokok mati. Untuk elakkan dari perkara ini berlaku, susun serpihan bata atau marmar supaya kucing tidak dapat menggali. Satu lagi cara, siram pangkal pokok di kawasan tanah terdedah dengan baja yang diperbuat dari perut ikan yang dikisar (blend). Kucing akan menjilat-jilat tanah atau pangkal pokok tersebut dan tidak akan 'melepas' dalam tanah tersebut.
Khamis, 23 Disember 2010
Buku Untuk Dijual -- The Bread Bible
Buku tentang roti. Mengandungi petua, sejarah, proses dan lain-lain yang berkaitan dengan roti. Lebih dari 100 resepi dan 600 gambarfoto kualiti tinggi. Buku dibeli untuk penulisan buku resepi. Projek dah selesai. Buku disimpan dalam bungkusan plastik. Kedaan terbaik.
Harga dibeli RM120. Ingin jual RM50 sahaja. Cuma ada 1 naskah.
email: [email protected] atau sms 0172889364 untuk pesanan.
Harga dibeli RM120. Ingin jual RM50 sahaja. Cuma ada 1 naskah.
email: [email protected] atau sms 0172889364 untuk pesanan.
Buku untuk dijual -- Reader's Digest Perfect Poultry
Buku berkulit keras terbitan reader's Digest. Keadaan buku terbaik (disimpan dalam plastik). Mengandungi maklumat tentang pemakanan, diet, poultry (ayam, angsa, turkey dsb), herb, cara memasak ayam serta lebih dari 60 resepi lengkap dengan maklumat nutrisi. Buku dibeli untuk projek buku memasak. projek dah selesai...
Harga beli RM75, jual RM35, hanya ada 1 naskah!
email: [email protected] atau sms 0172889364 untuk pesanan.
Harga beli RM75, jual RM35, hanya ada 1 naskah!
email: [email protected] atau sms 0172889364 untuk pesanan.
Buku Untuk Dijual -- The Complete Garden Planner and Record Book
Buku berkulit keras dalam kedaan terbaik. Buku ini adalah buku rekod yang membantu anda merancang taman. Walaupun buku ini direka untuk kawasan 4 musim, ia lengkap dengan panduan merancang taman, bajet, layout taman serta tip berkebun. Buku mengandungi fotografi dengan nilai terbaik. Amat sesuai diletak di ruang tamu. pasti menjadi kebanggaan pemiliknya. Harga asal RM75.00. Saya jual RM35 sahaja. Hanya ada 1 naskah.
email: [email protected] atau sms 0172889364 untuk pesanan.
email: [email protected] atau sms 0172889364 untuk pesanan.
Makhluk Perosak -- Ulat Bulu
Labels:
caterpillar,
haiwan perosak,
ulat bulu
Rabu, 22 Disember 2010
Resepi Kacang Mata Hitam Rebus
Kalau zaman dahulu, musim tengkujuh agak murung. Ini kerana bunyi hujan menitik di atas atap amat jelas dan semua aktiviti di luar rumah terbengkalai. Biasanya waktu inilah ibu bapa menuai hasil tanaman mereka kerana bimbang rosak akibat berendam air hujan. jagung, ubi kayu dan kacang rebus menjadi menu utama.
Untuk orang lama, bila musim tengkujuh aja, mereka akan terbuka selera untuk makan ubi kayu, jagung atau kacang rebus. Sekiranya anda ada menanam kacang mata hitam, inilah masanya untuk menikmati bersama keluarga. Sekali rasa, mereka tidak akan lupa. Makanan ini akan membuatkan anak-anak ingin kembali ke rumah setiap kali cuti semester jika mereka telah belajar di IPT.
Bahan-bahan:
Lenggai kacang mata hitam yang berisi tetapi belum matang.
Garam, sesudu teh.
Cara memasak:
Basuh kacang mata hitam (jangan dikupas).
Rebus kacang mata hitam hingga mendidih.
Teruskan hingga 5 minit.
Keluarkan kacang mata hitam.
Taburkan garam.
Cara makan:
Kupas pod kacang dan makan bijinya.
Kacang Mata Hitam Rebus - enak dimakan bersama keluarga ketika menonton tv.
Untuk rakan yang ingin tanam kacang mata hitam boleh dapatkan benih dari blog ini. Kami ada menyimpan benih dari jenis rimbun dan tidak memanjat. Ia amat sesuai ditanam dalam pasu di laman rumah. Hubungi [email protected]
Selasa, 21 Disember 2010
Semaian Baru -- Tomato, benih MARDI
Labels:
anak pokok,
MAHA 2010,
mardi,
semaian baru,
tomato
Isnin, 20 Disember 2010
Semaian Baru -- Lobak Putih, Raphanus sativus
Labels:
lobak kampung,
lobak putih,
Raphanus sativus
Ahad, 19 Disember 2010
Bagaimana Menanam Halba?
Halba adalah herba rempah yang bermanfaat. Daun digunakan sebagai herba dan bijinya sebagai rempah. Ia amat berguna kepada ibu yang baru melahirkan anak. Daun dan biji halba digunakan oleh ibu yang sedang menyusukan anak. Ibu yang memakan daun atau biji halba akan menghasilkan lebih susu badan.
Halba ditanam dari biji. Rendam biji selama 12 jam sebelum ditanam. Biji akan bercambah. Gunakan tanah kompos yang tidak menakung air. Tanam biji sedalam 2 cm (3/4 inci). Apabila pokok halba tumbuh, cabut pokok yang terlalu rapat untuk jarakkan kira-kira 5 cm (2 inci). Daun halba seakan-akan rumput clover. Buahnya adalah berbentuk kekacang. Petik apabila buah bewarna kekuningan.
Anda boleh dapatkan biji halba dari blog ini.
Semaian Baru -- Jagung Manis
Sabtu, 18 Disember 2010
Makhluk Perosak -- Ulat Beluncas
Labels:
haiwan perosak,
perosak,
pest,
ulat beluncas
Jumaat, 17 Disember 2010
Gambar Hari Ini -- Kacang Panjang, yard long bean
Labels:
gambar,
kacang panjang,
yard long bean
Khamis, 16 Disember 2010
Gambar Hari Ini -- Buah (putik) Kacang Botor/Botol, Kelisa
Labels:
gambar,
kacang botol,
kacang botor,
kacang kelisa,
putik
Selasa, 14 Disember 2010
Alatan -- Pengorek
Pengorek tanah adalah alatan kecil yang amat berguna jika bertanam sendiri. Ia digunakan untuk mengorek tanah, mengalih tanaman dan tanah dalam kuantiti yang kecil. Terdapat pengorek tanah yang mempunyai pemegang yang diperbuat dari kayu. Saya lebih gemarkan pengorek logam sepenuhnya kerana pemegang kayu akan reput selepas beberapa tahun terutamanya jika dibiarkan di tengah hujan.
Gambar Hari Ini -- Terung Panjang, Eggplant, Aubergine,
Labels:
aubergine,
brinjal,
eggplant,
gambar,
Solanum melongena,
terung,
terung panjang
Khasiat Kai Lan, Chinese Kale, Brassica alboglabra
100g daun sayur kailan mengandungi
kalori 45 kCal
Air 88g
Protein 2.8g
Lemak 0.2g
Karbohidrat 8.1g
Kalsium 0.179g
Besi 0.002g
Beta-karotena 3 660 mikrogram
Vitamin B1 0.014g
Vitamin B2 0.017g
Niacin 0.001g
Vitamin C 0.107g
kalori 45 kCal
Air 88g
Protein 2.8g
Lemak 0.2g
Karbohidrat 8.1g
Kalsium 0.179g
Besi 0.002g
Beta-karotena 3 660 mikrogram
Vitamin B1 0.014g
Vitamin B2 0.017g
Niacin 0.001g
Vitamin C 0.107g
Labels:
Brassica alboglabra,
chinese kale,
kai lan,
khasiat
Isnin, 13 Disember 2010
Bagaimana Menanam Stevia?
Ada dua cara untuk tanam stevia; pertama dengan keratan batang, kedua dengan benih.
Lakukan sebelah petang. Ini untuk mengelakkan keratan layu kerana panas matahari.
Untuk rujukan bergambar, akan dimasukkan dalam artikel Tanamsendiri--Stevia. :)
Benih stevia amat halus dan memakan masa yang lama untuk membesar, saya syorkan menanamnya dengan batang. Potong induk pada ranting yang kuat dan berkayu. Buang daun dan tinggalkan tunas sahaja. Celup ke dalam cecair penggalak akar (rooting agent), jika ada.
Saya syorkan supaya gunakan tanah kompos yang dicampur tanah liat. Saya pernah cuba dengan tanah bakar, tetapi tidak menjadi. Siram sedikit untuk lembapkan tanah. Gunakan kayu penyepit atau ranting untuk buat lubang kira-kira 1 cm sedalam 4 cm.
Cucuk keratan stevia dan tutup ruang lubang dengan tanah kompos. Jangan mampatkan tanah kerana ini akan mengurangkan ruang udara dalam tanah. Jangan cucuk keratan tanpa membuat lubang terlebih dahulu kerana ini akan mencederakan keratan. Kekalkan kelembapan tanah tetapi jangan siram terlalu banyak air.
Simpan di tempat redup. Apabila stevia mula membesar, alih bekas ke tempat panas sekali sekala untuk kuatkan pokok. Apabila batang berkayu telah tumbuh alih ke tempat kekal atau ke pasu yang lebih besar.
Untuk rujukan bergambar, akan dimasukkan dalam artikel Tanamsendiri--Stevia. :)
Labels:
keratan stevia,
stevia,
tanam sendiri
Terung Bulat Sambal Berlada Norsiah
(Resepi sumbangan Norsiah (Mummyalyaa))
Bahan-bahan
1. 1 biji terung bulat (muda, warna hijau, petik ketika buah paling berkilau) dibelah memanjang menjadi 4
2. 2 biji cili api
3. 2 biji cili besar merah (petik sebelum memasak) dihiris.
3. Secubit belacan
4. 4 ulas bawang putih dikupas
5. Sebiji bawang besar
6. 6 ekor udang basah, dibuang kepala dan kulit
7. Bawang besar dikupas dan dihiris setebal 1/2 cm, (menjadi bentuk cincin)
8. Sesuku minyak masak (seeloknya minyak kelapa sawit dari Malaysia)
9. Sesudu kecil garam
10. Sesudu kecil gula
11. Sesudu sos tiram
12. Separuh limau nipis
Bahan-bahan
1. 1 biji terung bulat (muda, warna hijau, petik ketika buah paling berkilau) dibelah memanjang menjadi 4
2. 2 biji cili api
3. 2 biji cili besar merah (petik sebelum memasak) dihiris.
3. Secubit belacan
4. 4 ulas bawang putih dikupas
5. Sebiji bawang besar
6. 6 ekor udang basah, dibuang kepala dan kulit
7. Bawang besar dikupas dan dihiris setebal 1/2 cm, (menjadi bentuk cincin)
8. Sesuku minyak masak (seeloknya minyak kelapa sawit dari Malaysia)
9. Sesudu kecil garam
10. Sesudu kecil gula
11. Sesudu sos tiram
12. Separuh limau nipis
Cara memasak
1. Tumbuk cili api, belacan dan bawang putih sehingga lumat, tapi jangan sampai hancur.
2. Tuang minyak masak ke dalam kuali dan panaskan kira-kira 1 minit. Masukkan terung dan panaskan sehingga terung menjadi kuning. Keluarkan terung dari kuali.
2. Tuang minyak masak ke dalam kuali dan panaskan kira-kira 1 minit. Masukkan terung dan panaskan sehingga terung menjadi kuning. Keluarkan terung dari kuali.
3. Kuatkan api dapur, menggunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bahan tumbuk (langkah 2) hingga garing/wangi.
4. Masukkan udang dan biar sampai masak, apabila udang hilang kecerahannya dan bewarna putih.
5. Taburkan garam dan gula.
6. Masukkan sos tiram dan kacau perlahan-lahan.
7. Picit limau nipis.
8. Kecilkan api.
9. Masukkan terung, kacau perlahan-lahan supaya ramuan menutupi terung.
10. Taburkan hirisan bawang besar. Kacau hingga masak.
11. Tutup api dapur, dan taburkan cili besar.
© Norsiah Badlishah, 2010
Labels:
Norsiah,
resepi,
sambal berlada,
terung,
terung bulat
Rose
Saya ada tanam rose depan rumah, pada mulanya dia sangat sihat dan bunganya cantik.. lama2 saya tgk daun dia makin kerinting dan hodoh.. apakah baja yang sesuai?
Gambar Hari Ini -- Kai Lan, Chinese Kale, Brassica alboglabra
Kai Lan, Chinese Kale, Brassica alboglabra
Sayur daun berwarna hijau tua kaya dengan vitamin A, B dan C. ia juga kaya dengan mineral kalsium (baik untuk gigi dan tulang) dan iron (baik untuk darah). Saya tanam sayur ni di antara pokok kacang kelisa (atas batas) dan dalam pasu.
Labels:
Brassica algoblabra,
chinese kale,
gambar,
kai lan,
sayuran
Alatan Tanamsendiri -- Sarung tangan kain
Satu dari masalah tanam sendiri adalah tangan sentiasa luka, mungkin kerana tergarik batu kecil dalam tanah ketika mengendali tanah atau terkena duri ketika merumput, terutamanya duri semalu. Oleh kerana kita bermain dengan tanah, kalau terluka mudah terkena jangkitan kuman, terutamanya jangkitan Staphylococcus. Masalah dapat diselesaikan mengggunakan sarung tangan kain.
Sabtu, 11 Disember 2010
Benih Yang Berterusan
Untuk orang yang bertanam sendiri di belakang rumah seperti kita, tidak perlu beli benih yang banyak. Satu peket kecil seperti yang dijual di pasaraya dan nurseri sudah mencukupi. Misalnya, salad cina. Satu peket kecil kalau ditaman semua akan menghasilkan kira-kira 50 cambahan.
Selepas "thinning," iaitu membuang cambahan yang terlalu rapat, mungkin tinggal dalam 30 anak pokok yang membesar hingga anda dapat tuai. Ketika tuai, jangan diambil semua -- gunakan teknik petik dan makan. Petik daun sahaja, tinggalkan pokok untuk terus tumbuh.
Saya buat begini dan dapat petik salad setiap hari selama dua bulan. Selepas dua bulan, pokok menjadi tinggi dan daun yang dihasilkan kecil bewarna hijau tua. Ia pahit dan tidak lagi sesuai untuk dimakan. Tidak lama kemudian bunga akan dihasilkan dan menghasilkan benih. Satu pokok dapat hasilkan satu jambak bunga. Satu jambak mengandungi 10 tangkai. Setiap tangkai ada kira-kira 10 kuntum bunga. Setiap kumtum ada kira-kira 30 biji yang bernas. Nah kira sendiri.
1 jambak bunga = 15 tangkai/jambak X 10 kuntum/tangkai X 30 biji/tangkai
= 4500 biji
Itu baru dari 1 pokok. Yang saya tanam ada kira-kira10 pokok salad dalam pasu yang sedang berbunga. Ini semua hanya berasal dari secubit benih. Alhamdulillah, makanan percuma kurniaan Yang Maha Esa. Dapatlah kita berkongsi benih.
Sejambak benih salad bakal membekalkan salad untuk santapan sepanjang tahun.
Labels:
benih,
bibit,
chinese lettuce,
salad,
salad cina,
seeds
Khamis, 9 Disember 2010
Benih Untuk Dikongsi, Kangkung
Dapatkan benih kangkung, dengan mengirim nama dan alamat anda ke [email protected]
atau respons ke Comment/Ulasan posting ini.
atau respons ke Comment/Ulasan posting ini.
Labels:
benih,
benih kangkung,
kangkung,
kongsi
Tanam Sendiri Kangkung, Ipomoea aquatica
Kangkung (Ipomoea aquatica) adalah tumbuhan dari keluarga kembang pagi. Ia ditanam secara berluasa di negara kita Malaysia, Indonesia, Burma, China, sesetengah negara di Afrika dan Australia.
Tanaman ini banyak berjasa kepada manusia. Oleh kerana ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi, kangkung menjadi makanan utama ketika Perang Dunia Kedua. Di China ketika itu, khabarnya ada yang menggantikan nasi. Walaupun ia tidak membekalkan tenaga sebanyak yang dibekalkan oleh nasi dan ubi kayu, ia mampu membekalkan khasiat yang diperlukan oleh badan. Ramai yang terselamat dari maut akibat kebuluran.
Dari maklumat bahan bacaan yang saya perolehi, 100g kangkung (daun dan batang) mengandungi khasiat berikut:
Tenaga, 29.0 kCal, air 90.0g, Protein 3.1g, lemak 0.2g, karbohidrat, 3.6g, Serat, 1.0g, Kalsium, 0.088g, Fosforus, 0.009g, Besi, 0.0052g, Natrium, 0.065g, Kalium, 0.078g, beta-karotena, 4760 mikrogram, Vitamin B1, 0.001g, Vitamin B2, 0.006g, Niacin, 0.006g, dan Vitamin C, 0.0485g.
Tidak hairanlah kangkung dikenali sebagai "Raja Sayur" di Internet.
Kangkung ada tumbuh dalam paya (kawasan berair) dan di atas tanah yang lembap. Ia memerlukan banyak air. Di rumah, ia boleh di tanam di atas tanah atau dalam bekas. Ia juga sangat popular di kalangan penanam kaedah hidrofonik di rumah kerana ia cepat tumbuh dan dapat dituai dalam masa yang singkat.
Jika rakan-rakan ingin didik anak-anak menanam sayur di rumah, kangkung adalah pilihan yang bijak kerana ia cepat tumbuh dan cepat dituai.
Kangkung perlukan banyak air, jadi saya sarankan rakan-rakan guna tanah yang mampu menyimpan banyak air, misalnya tanah kompos yang dicampur sabut. Saya gunakan tanah yang dicampur kompos yang saya buat menggunakan lalang yang separa reput. Jika gunakan tanah liat yang mampat, kangkung yang tumbuh agak berserat dan lambat membesar. Kangkung yang ditanam atas tanah kompos lebih rangup dan enak dimakan sebagai ulam atau salad.
Rakan-rakan boleh semai dari biji atau batang lebihan sayur yang dibeli di pasar.
Jika gunakan biji, tanam dalam lubang sedalam 3cm dan jarakkan kira-kira 10 hingga 15cm. Biasanya benih akan bercambah dalam masa 2 hari.
Benih kangkung |
Menyemai
Jika tanam melalui batang, rakan-rakan boleh gunakan batang tanpa daun dengan panjang kira-kira 10cm. Pastikan tiada bahagian batang yang rosak (busuk) untuk elakkan jangkitan penyakit. Cucuk batang sedalam 5 cm. Tunas akan keluar dalam masa 2 hari. Sebenarnya kalau tanam melalui batang, anda dapat tuai dengan lebih cepat berbanding dengan tanam melalui biji.
Penjagaan
Di hari yang tidak hujan, siram dua kali sehari. Jika gunakan tanah yang digaul dengan kompos, tidak perlu pembajaan tambahan. Jika gunakan tanah tanpa ditambah kompos, baja seminggu sebelum disemai, dan selepas 3 minggu disemai.
Membaja
Baja apa yang sesuai? Jika anda ingin tanaman organik, baja tinja ayam, kambing atau lembu sesuai digunakan. Saya gunakan baja cecair, iaitu perut ikan yang dikisar. Untuk rakan-rakan yang ingin gunakan baja kimia, boleh gunakan baja 15;15:15 NPK. Larutkan satu sudu dalam 2 liter air (2 botol air mineral besar).
Merumput
Jika tanam dalam bekas, buang rumpai apabila kelihatan. Jika tanam atas tanah, merumput kira-kira seminggu sekali.
Jika tanam di atas tanah, perlu merumput selalu untuk elakkan persaingan baja. |
Menuai
Potong bahagian pucuk selepas 4 hingga 6 minggu selepas ditanam. Tinggalkan tang kira-kira 5cm atas tanah dan biarkan ia tumbuh semula untuk dituai kira-kira 2 minggu kemudian.
Kangkung cepat membesar, selepas 4 minggu ia sedia untuk dituai. |
Kangkung yang baru dituai enak rasanya. |
Penyakit
Kangkung adalah tanaman yang tahan dan jarang terkena penyakit. Kadang-kadang terdapat tompok-tompok putih jangkitan kulat white rust (Albungo ipomoeae-panduratae). Petik dan bakar daun yang dijangkiti kulat. Masalah ini tidak ketara kerana lazimnya penyakit tersebut akan menyerang hanya selepas jangka masa pokok telah dituai. Ulat dan kumbang busuk suka memakan daun dan batang kangkung. Kutip dan buang jika temui ulat.
Masakan
Menunggu resepi istimewa dari rakan-rakan. ;)
Labels:
benih kangkung,
Ipomoea aquatica,
kangkung,
tanam sendiri
Gambar Hari Ini -- Bunga Kacang Botor
Selasa, 7 Disember 2010
Gambar Hari Ini -- Buah Petola Segi
Buah Petola Segi, loofa. Enak dimakan ketika buah muda. Boleh dibuat ulam atau dimasak bersama lada hitam.
Ahad, 5 Disember 2010
Sahabat Tanam Sendiri -- Kekabuh Kura-kura, Ladybird
Kekabuh kura-kura atau ladybird memakan aphid atau kutu daun. Aphid menjadi haiwan perosak dengan menghisap cairan dari tubuhan berbatang lembut terutamanya pokok kekacang. Ia sukar dihapuskan jika anda tidak menggunakan racun haiwan perosak. Bagaimanapun, kehadiran kekabuh kura-kura adalah petanda baik kerana serangga ini gemar memakan kutu daun.
Garden Allie -- A Ladybird
An aphid is a type of insect that suck the fluid from stems beans and peppers. The insect usually attack a plant in a large number thus slowly destroying the plant. The aphids are hard to eliminate if you are not using pesticides. However, the presence of a ladybird is a good sign because this insect loves to consume aphids.
Labels:
allie,
aphid,
bena,
kawalan biologi,
kekabuh kura-kura,
kutu daun,
ladybird,
pest,
sahabat
Gambar Hari Ini -- Bunga Kacang Botor/Botol, Kacang Kelisa, Psophocarpus tetragonolobus
Jumaat, 3 Disember 2010
Gambar Hari Ini -- Kangkung, Ipomoea aquatica
Kangkung, Ipomoea aquatica adalah satu keluarga dengan ubi keledek dan bunga seri pagi. |
Labels:
gambar,
Ipomoea aquatica,
kangkung,
swamp cabbage,
water spinach
Langgan:
Catatan (Atom)