Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 9 November 2010

Tanamsendiri Lobak Putih, Raphanus sativus

Lobak putih (lobak kampung) sebelum ini bukanlah sayur kegemaran saya -- hingga apabila saya tanam sendiri sayur ini kira-kira 9 tahun yang lalu. 

Lobak putih yang dibeli di pasar atau pasaraya sememangnya kelihatan lebih menggiurkan kerana saiznya yang besar.  Ada lobak putih yang sebesar lengan.  Malangnya, sayur tersebut telah lama dipetik dan isinya agak berspan (spongy) dan berkayu.  Lobak tersebut rasa amat pahit dan kurang manis.  Ia hanya enak dimakan apabila dimasak menggunakan perisa lain yang kuat, misalnya lada hitam.


Pandangan negatif saya terhadap sayur lobak putih kini tiada lagi.  Ia enak dimakan jika dipetik ketika usia muda, iaitu ketika lobaknya bersaiz sebesar bola golf dan dihidangkan ketika masih segar.  Isinya rangup, kurang pahit dan ada rasa manis (aftertaste).  Enak jika digoreng (stirfry) dengan bawang putih.

Benih Lobak Putih
Benih lobak putih bersaiz kecil, diameter kira-kira 2 mm dengan kulit bewarna cokelat.  Ia cepat tumbuh, lazimnya dalam masa 2 hari selepas disemai.

Tanah
Lobak putih membesar dengan cepat jika disemai menggunakan tanah yang berbaja dengan pH yang neutral, iaitu sekitar 6.8.  Lupakan fakta teknikal, :).  Saya tanam lobak putih dalam tanah liat yang dicampur kompos rumpai (lalang dan semalu) yang diperam di belakang rumah.  Untuk lobak bersaiz besar, saya siram air ikan (perut ikan yang dikisar, blend) kira-kira seminggu sebelum anak pokok dialih ke dalamnya.


Benih lobak putih, sedia untuk disemai.

Untuk rakan yang tidak berpeluang membuat kompos sendiri, boleh gunakan tanah yang dijual di nurseri.  Gunakan tanah kompos yang dicampur sabut.  Lobak putih cepat membesar dalam tanah sebegini.

Menyemai

Semaikan benih dalam tray semaian atau bekas yang kecil. Saya gunakan cawan gabus yang ditebuk di bawahnya.  Kitar semula...

Ada konsultan yang sarankan supaya disemai 4 biji satu lubang dan apabila dialih, alih kesemuanya supaya pokok tumbuh serumpun.  Ini sesuai jika rakan tanam di atas batas.  Kalau tanam dalam pasu kecil, saya syorkan hanya satu benih satu lubang.  Ini untuk mengelakkan persaingan ruang dan baja.

Semai benih dalam lubang sedalam 2 cm dan jika semai atas tanah, jarakkan kira-kira 23-30cm atau 9 - 12 inci. Benih akan bercambah dalam masa 2 hingga 3 hari. 

Mengalih
Alih cambahan apabila dua set daun tumbuh, iaitu kira-kira 3.5 hingga 5 cm (1.5-2 inci) tinggi, iaitu kira-kira berumur 7 hingga 10 hari.  Saya perhatikan pokok lobak putih tidak akan membesar dengan cepat hinggalah ia dialih.

Pokok yang baru dialih akan layu sebentar.  Jangan risau, ia akan segah semula selepas bermalam.

Menyiram
Siram selalu, terutamanya ketika musim kering.

Pokok lobak putih cepat membesar.  Ia tidak perlukan pembajaan tambahan.  Pokok ini berumur 4 minggu.

Pokok yang sama seminggu kemudiannya (5 minggu).


Menuai
Lobak putih sedia untuk dituai apabila isinya sebesar bola golf, iaitu dalam masa 5 hingga 6 minggu.

Lobak putih yang berisi.

Lobak putih yang baru dituai.



 Akasyah amat seronok apabila menuai hasil tanaman sendiri.  Pengalaman yang amat bermakna terutamanya kanak-kanak.

Masak lobak putih bersama daunnya.


Masalah
Lobak putih adalah dari keluarga kobis (brassica) dan jika bertanam secara organik mempunyai banyak musuh terutamanya serangga.  Antara musuhnya ialah lalat buah (cabbage rootfly), kekabuh (flea beetle), kutu daun (aphid), dan mildew.

Perhatikan kecacatan pada daun dan buang serangga yang memakan daun tersebut.  Jika terkena kulat atau mildew, bakar pokok yang berpenyakit untuk elakkan jangkitan. 

Jangan risau, lobak putih cepat matang jadi peluang untuk kena penyakit adalah tipis.


 

13 ulasan:

  1. akak...saya tanam lobak putih, tapi tak de buah pun..hehe daun dah lebat jugak sikit..haha..opss :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti akan adalah lobak tu. Buah memang tak ada. :)

      Padam
  2. yeka? ok...daun mmg dh besar dh..isinya xde...ingatkan dah tertukar benih, nk mcm sawi pun ye.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya. Pastikan jangan kurang siram. Kalau panas tapi kurang air, ia akan berbunga. Bila berbunga, lobak menjadi seperti gabus.

      Padam
    2. owh! ok...faham dah..thanks ye

      Padam
  3. Balasan
    1. Sola hadi boleh terus buat pesanan nanti. Benih yang tersenarai dalam panel sebelah kanan ada stok.

      Padam
  4. Balasan
    1. Admin Paku Tembaga boleh buat pesanan. Benih ada dalam stok kami.

      Padam
  5. saya nak order benih lobak putih...dah kehabisan stok...huhuhu

    BalasPadam
  6. saya nak juga 1 pek lobak putih ni,ada lagi kn....sy dh bank in,cuma slipnyer kt tgn suami,bila ada sy emailkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Ya benih tersebut ada dalam stok.

      Padam