Ketumbar adalah pokok herba daripada
keluarga parsley. Daunnya mempunyai rasa berempah dan ia enak dimasak sebagai ramuan di dalam sup
daging. Anda boleh tanam sendiri menggunakan biji ketumbar.
Aktifkan Benih
Rendam benih di dalam air suam selama 2 hingga 12 jam untuk aktifkan benih.
Cara Menanam
Semai biji terus ke dalam tanah
atau ke dalam pasu/bekas, sedalam 1.5 hingga 3cm. Jika ditanam atas
tanah, jarakkan kira-kira 15 cm (6 inci). Biji akan tumbuh dalam masa 2
hari. Apabila tumbuh, siram selalu untuk mengelakkan tumbuhan dari
berbunga ketika pokok masih muda (bolting) tetapi jangan sampai tanah
berair kerana ini boleh menyebabkan akar reput. Jika berbunga (bolting)
saiz daun yang dihasilkan kecil.
Jika anda dibiarkan tanpa
memotong, pokok akan tumbuh sehingga hampir 1 meter tinggi dengan bunga yang berwarna
putih.
Benih Ketumbar. Benih ini bewarna kemerahan kerana telah dicelup antikulat oleh pengedar benih.
Anak pokok ketumbar yang ditanam di antara anak pokok selasih dalam patch herba.
Menuai
Potong daun bahagian bawah dan biarkan pokok terus tumbuh. Anda juga boleh cabut seluruh pokok jika tidak mahu biarkan pokok terus tumbuh. Bahagian akar juga boleh dimakan. Sekiranya pokok berbunga, petik biji sebelum ia luruh ke tanah.
Pokok ketumbar, daun, batang, akar dan biji enak dimasak dalam sup dan makanan berempah.
Benih ketumbar ada dijual melalui blog ini. Sila ke link ini.
thnks for this entry ..good info
BalasPadamYou're welcomed.
BalasPadamdoes it need a lot of sun? or shade2 jer? and can it be planted dlm pasu?
BalasPadamYes it needs a lot of sunlight. In Malaysia, in the shade is already a lot of sunlight. So, out in the open or in the shade, both ok. If indoor, make sure place it near the window that receives morning light.
BalasPadamIt can be grown in containers or pasu. Use organic rich soil.
Ketumbar tumbuh elok dalam kawasan yang banyak terima cahaya matahari. Di tempat teduh, ia juga tumbuh subur. Mungkin krana di tempat teduh pun banyak cahaya (di negara kita). :)
BalasPadamKalau tanam dalam bekas dalam rumah, letakkan di tepi tingkap yang menghala ke timur iaitu tingkap yang menerima cahaya pagi.
Ya, ia boleh ditanam dalam pasu.
Benih ketumbar ada dijual di tanamsendiri.
BalasPadamhttp://www.tanamsendiri.com/2011/02/benih-untuk-dijual-ketumbar-jenis.html
Terima kasih infonya. Boleh tanya, jarak antara tanam sampai tumbuh daun yang bisa dipetik/dipanen/digunakan hasilnya itu berapa lama? Saya dari Indonesia tapi tinggal di Amerika. Di Indonesia daun ketumbar sangat mahal, lebih mahal daripada di Amerika. Mungkin karena jarang dipakai, dan biji ketumbar yang lebih umum, makanya saya ingin mencoba menanam sendiri.
BalasPadamKetumbar boleh dipetik daunnya apabila mencecah ketinggian 10cm, biasanya selepas 1 1/2 - 2 bulan selepas bercambah.
BalasPadamada lagi tak pokok ketumbar ni pada anda?
BalasPadamcik_paan, Pokok ketumbar belum yang baru belum ada. Baru semalam semai batch baru, sebab belum bercambah. :)
BalasPadamBenih masih banyak dalam simpanan saya sebab baru terima batch baru semalam.
i love ketumbar, daun ketumbar kalau lagi mual makan daun ketumbar di kasih garam atau ketumbar yang telah di sangrai...enakkkk
BalasPadamAnnasantoz, anak perempuan saya sedang mual-mual mengandung anak sulung. Saya akan cuba remedy tersebut, sebab dia asyik komplen nak muntah tapi tak muntah-muntah, sejak sebulan yang lalu. Terima kasih kerana berkongsi petua. :)
Padamtolong simpan benih ni kalau ada..dah 3benih, lg 2..:P
BalasPadam:)
PadamSedara, boleh bagi detail bagaimana hendak membeli biji benih ketumbar dan lain2?
BalasPadamUntuk pesan benih, ikut langkah berikut.
Padam1. Pilih benih yang ingin dipesan daripada senarai benih untuk dijual yang terletak dipanel kanan blog. Harga benih ialah RM10 bagi setiap 5 pek benih. Pilih gabungan 5 pek benih. Jenis benih boleh dicampur. Maksudnya, untuk RM10, anda boleh pilih 5 jenis benih. 1 pek untuk setiap 1 jenis benih.
2. Tentukan jumlah pek serta harganya. Jika anda ingin beli 20 pek, harganya RM40, iaitu RM10 bagi setiap 5 pek. Jika inginkan kiriman yang cepat, sila tambah RM10 untuk kendalian poslaju.
3. Buat bayaran melalui mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
12750009113528
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
iskandar@tanamsendiri.com
4. Kemudian emel iskandar.abdulrashid@gmail.com atau sms 0172889364 dan nyatakan
a) maklumat tentang bayaran,
b) jenis benih serta bilangan pek,
c) nama dan alamat penerima benih.
5. Pastikan anda menerima respons daripada kami. Jika tiada respons dalam masa 24 jam, sila SMS maklumat pesanan ke 0172889364 untuk pastikan kami ada menerima pesanan tersebut.
6. Sila berikan masa 2 minggu untuk pos biasa dan 2 malam untuk poslaju.
Tuan, untuk tanam pokok ketumbar ni, boleh tak saya gunakan tanah kompos yg dah campur baja (beli dinursery)?
BalasPadamYa, cuma pastikan tanah tak dicambur abu/bahan yang telah dibakar.
Padam