Di negara kita yang beriklim panas dan lembap, bahan
organik akan terurai menjadi kompos dalam masa yang singkat. Sekiranya anda
bina kompos di atas tanah, bahan-bahan kompos akan diuraikan oleh bakteria dan
hidupan lain yang berada dalam tanah tersebut. Anda cuma perlu pastikan
kompos tersebut disiram selalu untuk pastikan bahan tersebut kekal lembap.
Selepas seketika kompos akan hancur dan mempunyai ciri seperti tanah.
Jangan risau, ia tidak berbau. Mungkin tanah tersebut adalah dari tinja
cacing tanah yang hidup memakan kompos tersebut.
Dalam gambar di bawah, kompos telah sedia untuk digunakan.
Bahagian atas timbunan adalah terdiri daripada rumpai yang baru diletakkan dan
belum hancur. Saya gunakan kompos tersebut sebagai baja untuk tanaman di dalam
pasu dan bekas yang lain. Rumpai yang separa hancur, saya campurkan
dengan tanah batas untuk mempastikan batas sayur mempunyai udara yang secukupnya.
Saya perhatikan, tanaman yang ditanam atas batas yang mempunyai udara lebih
cepat membesar dan daunnya lebih rangup.
Kompos yang separa hancur (mulch) juga amat
berguna. Saya gunakan mulch untuk tutup permukaan tanah sekitar
tanaman. Dengan menutup tanah, rumpai yang baru tumbuh akan mati kerana
ketiadaan cahaya matahari. Kompos tersebut juga bertindak sebagai baja
yang di keluarkan secara perlahan (slow release). Ia juga dapat
menghalang lembapan di dalam tanah daripada tersejat dengan cepat dan ini
menyebabkan tanah sentiasa lembap. Tanaman tidak layu jika anda terlupa
siram di hari panas yang kering.
Tanaman yang ditanam menggunakan baja kompos
mempunyai daun yang lebih besar dan hijau kerana kompos kaya dengan
nitrogen. Walaupun masa pembesaran lebih perlahan jika dibandingkan
dengan baja kimia, baja kompos ada kelebihannya. Anda tidak perlu risau
dengan masalah terlebih baja sebagaimana yang dihadapi jika gunakan baja kimia.
Ketika gunakan baja kimia, tanaman kadang-kadang kering (burn) kerana
terlebih baja. Ini tidak berlaku jika anda gunakan baja kompos.
Ada rakan yang bertanya tentang penyakit tanaman
yang mungkin tersebar daripada rumpai yang terurai. Sebagai langkah berjaga-jaga,
jangan gunakan rumpai yang telah rosak akibat penyakit atau serangan virus dan
kulat. Ada juga yang bimbang, benih pada rumpai akan merebakkan rumpai. Saya rasa ini tidak akan menjadi masalah
kerana suhu di dalam busut kompos sangat tinggi kerana berlalku aktiviti
penguraian. Kebanyakan benih yang ada di dalam busut kompos akan mati.
Mungkin penghasilan kompos secara terdedah kurang
cantik. Tidak enak mata memandang.
Untuk selesaikan masalah ini, anda boleh gunakan bekas plastik khas untuk
kompos atau bina penghadang menggunakan kayu atau batu bata. Anda boleh
buka penghadang tersebut apabila kompos sedia untuk digunakan.
Bahagian sekeliling pokok jambu ini dilitupi dengan kompos separa terurai untuk mengelakkan dari ditumbuhi rumpai. |
Patch pokok cili ditutupi dengan kompos separa terurai . Ia dapat menghalang kawasan daripada ditumbuhi rumpai. Jika tanah tidak ditutup permukaan tanah, rumpai akan tumbuh dengan banyak. |
Sambungan dari bahagian pertama
http://tanamsendiri.com/2010/09/membuat-baja-kompos-sendiri.html
menaRIK.. BARU SAHAJA MEMBUAT BAJA KOMPOS SENDIRI..
BalasPadamJimat belanja. :) Lagipun tanaman guna baja kompos lebih manis rasanya.
Padamkalau saya letak rumpai2 dan sisa2 sayuran dalam kotak boleh ke ia jadi kompos en is..?
BalasPadamYa boleh. Untuk masukkan organisma pengurai, campurkan sedikit tanah dari halaman rumah.
PadamMenarik akan kubuat nanti.. selala ni asyik bakar jer sampah
PadamBakar sampah merosakkan alam sekitar. :P
PadamKalau nak gunakan bekas mcm tong sampah adakah perlu saya tebuk lubang keliling tong? Dan di bawah tong?
BalasPadamYa, sebab bakteria dan organisma yang menguraikan bahan organik perlukan oksigen. Jika bekas tertutup, penguraian tanpa udara berlaku. Penguraian tanpa udara menghasilkan bau busuk.
PadamBoleh kena air hujan tak? Atau mesti guna bekas bertutup lubang tepi je?
BalasPadamBoleh kena hujan.
Padamsalam en is.
BalasPadamkalau kompos saya dihadiri oleh ulat sampah/lalat tak apa ke teruskan atau kena buang ulat tu?
Boleh teruskan. Di masa akan datang jangan gunakan bahan yang telah dimasak sebagai kompos.
PadamSaya timmbus sisa masakan bersama sayur2 yang dah layu dan daun kering dalam lubang di atas batas. Saya buat beberapa lubang. Lepas 3-4 mngggu saya dapati semua bahan sudah terurai dan nampak mcm organic matter bercampur tanah. Adakah ini kompos? Adakah ia juga bermanfaat sebagai baja??
BalasPadamterima kasih dgn tips ni...lepas ni..saya akan make sure x buang sisa2 sayur...ikan kat tong sampah...
BalasPadamnak buat sendri kompos ...lagi puas hati...dan tanam pokok sendri...excited ni....
dolu daun kering pun dibuang...rugi nyerrrrr