Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 4 November 2010

Jagung, buah ke 2

Buah kedua
Bila tanam jagung, kebiasaannya orang tuai buah utama. Kemudian pokok dimusnahkan. Jadi tiada buah kedua dituai. Buah selebihnya dibuang atau dikutip sebagai sayur. Sebabnya, hanya satu buah jagung sahaja dikekalkan untuk pastikan mendapat jagung dengan saiz terbaik. 

Saya cuba-cuba dengan membiarkan buah kedua membesar. Hasilnya, buah dengan saiz empulur yang kecil dan tidak sekata, tetapi isinya masih kekal berisi dan enak. 

Saya perhatikan jagung ini lebih popular dengan anak-anak kecil. Mungkin kerana saiznya yang kecil, jadi anak-anak kecil terfikir, ini saiz jagung khas untuk mereka. Satu contoh perkara yang menyeronokkan untuk kanak-kanak bila tanam sendiri.

6 ulasan:

  1. Ooh.. Dah tuai buahnya, klu x cabut pokoknya Akan keluar buah lagi ye en is... Saya x tau pun.. Ingatkan macam pisang, 1 pokok 1 Kali buah.. Btw semaian jagung saya dah bercambah.. Cuna Ada 6 je yg lom menampakkan diri.. X tau la Kenapa.. Pokok isi putih n honey jean tu pokoknya tinggi ke..? Saya takut patah sebab angin kuat di belakang rumah ni.. Boleh buat pancang ke..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai orang tak tahu ni. Pisang pun, kalau dicantas tandan sahaja tanpa tebang pokok akan berbuah sekali lagi. Mengapa orang dulu tak mahu pisang berbuah dua kali saya tak faham sedangkan itu rezeki. :P

      Biasanya pokok jagung tahan tiupan angin. Ada yang sarankan jagung sebagai windbreaker untuk melindungi tanaman lain daripada angin.

      Padam
  2. Oo.. Ok, thanks atas info.. Senang sikit hati nak alih cambahan ke belakang rumah.. Masa bila saya perlu alih pokoknya Jagung ni ye..? Bila dah keluar set daun ke-3 ye..? Perlu buat batas tak? Or just korek lubang n letak tanah organic di belah bawah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau semai dalam bekas semaian, alih bila daun dah tumbuh 3 atau 4 helai atau bila akar dah memenuhi bekas. Kalau nampak pertumbuhan makin perlahan, alih segera.

      Boleh tanam atas tanah tapi pastikan tanah digembur dulu. Saya semai atas batas sebab nak pastikan pokok ditanam dalam barisan.

      Padam
    2. Okey.. Terima kasih.. Nampaknya weekend ni kena berkebun lah kami.. Alhamdulillah, bendi emas juga telah bercambah kelima-Lima benih.. Sukaaaa makan bendi...

      Padam