Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 27 November 2010

Bukti Pertanian Popular - MAHA 2010

Aaah akhirnya dapat diluangkan masa untuk ke MAHA. Petang Sabtu (27 Nov) kami ke tapak MAHA.  Jalan OK, tiada jem.  Dapatlah jenguk-jenguk apa yang menarik nanti.

Masuk aja exit Hospital Serdang... terus sangkut.


Berduyun peminat pertanian menuju ke tapak MAHA.  Ada yang letak kenderaan di tepi lebuh raya dan berjalan kaki.  Kami mula resah dengan pergerakan yang amat perlahan.


Selepas dua jam, pergerakan kereta kami masih merangkak.  Ada yang berpeluh dalam kereta kerana kereta mereka, aircon tak jalan.  Ada yang tersadai di tepi kerana temperature naik, kereta berasap.  Kakitangan penjaga parking seperti tergamam, jumlah pengunjung meledak ke jumlah yang tidak diduga.  Alhamdulillah, petanda baik untuk negara tercinta.

Nasib baik ada penganjur datang mengedarkan surat khabar hari ni.  Siap boleh baca surat khabar sambil driving... Sebabya?  Kereta tak bergerak langsung.  Akhirnya, kami tiba di tapak MAHA.  Parkir pula tiada.  Sabar... sabar.  Tak apa, kita cuba kat UPM, kemudian ambil bas.  Setiba di UPM...

Hujan... bukan bagai mutiara tapi bagai ... argh tengok sendiri. 



MAHA 2010, kita jumpa di hari kerja.  Hari minggu terlalu ramai pengunjung.  Bukti orag masih gemar bertani, cuma...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan