Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 15 Oktober 2010

Menanam Terung

TERUNG ADALAH SAYUR buah yang berasal dari kawasan kita. Ada berbagai bentuk dan warna mengikut jenis. Ada yang bewarna hitam, biru tua dan putih. Ada yang berbentuk panjang, bujur dan bulat. Sayur ini sesuai ditanam di atas tanah atau dalam bekas. Ia perlukan cahaya matahari yang banyak. Elok ditanam dikawasan yang mendapat cahaya matahari pagi.

Waktu Menanam
Bila ditanam? Negara kita dirahmati dengan cahaya suria sepanjang tahun. Bila-bila masa pun boleh tanam terung.

Menyemai Benih
Jika guna benih yang di pek, sebelum semai, rendam benih dalam air suam untuk aktifkan benih supaya cepat bercambah. Simpan pasu semaian dalam tempat teduh dengan suhu antara 21 hingga 30 darjah Celsius sehingga benih bercambah. Kemudian alih pasu ke kawasan lembap hingga pokok tumbuh sekitar 5 cm. Kemudian asingkan pokok ke dalam pasu atau ke atas batas.

Bunga pertama akan tumbuh apabila pokok setinggi 8 hingga 10 cm. Jika tanam dalam pasu, alih pasu ke kawasan yang banyak matahari untuk teguhkan batang pokok.

Penjagaan
Siram pokok selalu dan jangan biarkan tanah terlalu kering. Jika tanam di atas atas, pastikan anda membuang rumpai di sekeliling pokok untuk mengelakkan persaingan untuk baja. Jika inginkan pokok yang merimbun, patahkan pucuk utama. Apabila buah mula tumbuh, baja 2 kali seminggu. Ikat kayu penyokong jika perlu.

Menuai
Petik buah terung ketika ia paling berkilau.  Apabila kulit makin kurang berkilau, isi terung akan terasa sedikit pahit.


3 ulasan:

  1. Saya sendiri telah tanam pokok terung di atas batas. Ada pokok yang mati kerana dikencing kucing. Ada yang mati kerana serangan kulat pada akar. Pokok yang tahan serangan tersebut, apabila batang kukuh, kekal sehingga menghasilkan buah. Terung yang dipetik fresh enak dimakan.
    Untuk batch ke dua, saya akan cuba tanam dalam bekas pula.

    BalasPadam
  2. Buah terung saya x warna purpple sepenuhnya...kenapa eakk...??

    BalasPadam