Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 5 Mei 2012

Stevia, Herbal Manis

Stevia, Sweetleaf


Stevia adalah herbal dari keluarga bunga matahari yang berasal dari Amerika Selatan. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf atau sugarleaf. Stevia ditanam untuk mendapatkan daun yang digunakan sebagai pemanis.

Jika dibandingkan dengan gula tebu, kesan manis Stevia agak perlahan tetapi rasanya kekal lebih lama. Bagaimanapun, Stevia ada menghasilkan kesan aftertaste iaitu rasa pahit seakan-akan saccharin (pemanis tanpa zat). Ini kerana kesan manis pada Stevia adalah terlalu pekat. Ia dikatakan mempunyai manis 300 kali lebih manis dari gula tebu. Ia tidak mengandungi tenaga seperti gula, jadi Stevia amat sesuai jika anda ingin pemanis yang rendah karbohidrat.

Ada artikel perubatan yang menyatakan Stevia boleh digunakan untuk mengubat orang yang gendut dan tekanan darah tinggi. Ini kerana Stevia tidak menambah kuantiti glukosa dalam darah. Maka ramai orang yang diet yang mula menggunakan Stevia untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat.

Saya ada tanam pokok Stevia dan ia memang tumbuh subur di sini. Bagaimanapun saya masih menghadapi masalah untuk mengurangkan rasa pahit. Masih lagi mencari kaedah terbaik memproses daun Stevia di rumah.  Daun Stevia yang segar terlalu pekat manisnya dan rasa pahit amat ketara.  Tentang ia dapat menunjukkan tekanan darah, saya memang setuju dengan pendapat itu sebab saya telah mencubanya.   Sebenarnya Stevia ada ditanam di negara kita secara komersial.

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

24 ulasan:

  1. kalau macam pokok salad..kalau nak kurangkan rasa pahit dia..letak dia di bawah cahaya matahari selama seminggu..boleh pakai x kaedah nie untuk pokok herba nie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksud Sufi Luqman, letak di tempat teduh? Sebab kalau salad, perlu letak ditempat teduh atau tanpa matahari untuk hilangkan rasa pahit. Proses ini dipanggil blanching.
      Mungkin juga boleh. Perlu cuba dahulu.

      Padam
    2. hehe..silap2..sepatutnya letak kat tempat teduh..adess..

      Padam
    3. Tau silap. :) Tapi kena nyatakan takut pembaca yang baru ikut blog keliru. Sebenarnya idea yang baik tu. Saya tak terfikir pula sebelum ini. Bahagian yang terlalu pahit ialah bahagian urat-urat daun.

      Padam
  2. bagaimana penggunaan daun stevia dalam masakan? masukkan daun tu terus ke atau kene proses dulu menjadi butiran gula? kalau bole menggantikan gula tringin juga nak tanam...jimat x yah beli gula lagi..:)

    BalasPadam
  3. Stevia ni pada saya lbh kepada membantu mencegah penyakit. Kita ambil gula pada kadar yg perlu, bila masih nak benda yg manis slps itu, guna la pula stevia supaya tak berlebih ambil karbohidrat dlm gula.

    Saya ada tanam pokok ni tapi agak sukar nak dpt dia tumbuh subur. Ada yg kata kalau nak buat air, rendam sahaja daunnya di dalam air suam, air itu akan terasa manisnya. Tak pernah buat lagi sbb pokok yg ditanam masih blm nak menjadi subur spt diharap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok ini perlu dipotong selalu. Jika dibiarkan tumbuh tanpa dipotong ia akan menjadi renggeh dam kelihatan kurang cantik.

      Ya, jika direbus, air rebusan rasanya manis manis pahit. Kadang-kadang saya ada membut air rebusan stevia dan sejukkan dalam peti ais. Memang manis dan menghilangkan dahaga. :)

      Padam
    2. Saya kena cuba nie... ada sebarang sukatan khas tak tuan untuk rebus daun ni jadi air manisan yang sesuai diminum? Macam boleh jadikan 'air gula', bila perlu gunakan dengan campurkan ke minuman yg perlukan sedikit manisan

      Padam
    3. Tentang sukatannya saya kurang pasti. Tapi jgn gunakan banyak. Rasa pahit akan mengalahkan rasa manis.

      Padam
  4. stevia saya sudah mula berbunga untuk kali kedua. semasa berbunga kali pertama, selepas beberapa hari pokok mula layu dan saya sangkakan pokok dah mati tetapi selapas itu mula tumbuh daun baru. jadi untuk kali kedua ni pun saya perhatikan pokok menunjukkan tanda2 akan layu. adakah perkara ni normal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Untuk dapatkan taman yg lebih elok dengan daun yg lebih besar pangkas bunga. Pucuk baru akan tumbuh. Kalau dibiar berbunga daun menjadi kecil dan terlebih pahit. Walaupun pucuk baru akan tumbuh selepas layu, pokok kelihatan renggeh dan kurang cantik.

      Padam
    2. betul la, semalam saya pangkas bunga stevia, pagi ni saya tengok pokok dah tak layu lagi. Bunga yang dipangkas tu boleh dibuat benih tak?

      Padam
    3. Kalau yang dah matang, ada biji benih tapi sangat halus. Boleh disemai tapi makan masa yang lama untuk besar. Kalau tahap kesabaran tinggi boleh cuba. :)

      Padam
  5. Boleh beritahu bagaimana untuk cambahkan lagi banyak pokok stevia baru. Boleh atau tidak gunakan cara keratan batang untuk mencambahkan lagi pokok stevia baru?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok stevia lazimnya dicambahkan melalu batang kerana benihnya terlalu halus dan mengambil masa yang terlalu lama untuk bercambah.

      Padam
  6. Boleh beritahu, kaedah penjagaannya dan juga pembajaannya. Antara soalan lain:
    1.Bagaimana pula kaedah untuk membanyakkan daunnya, samada perlu dibuat cantasan berkala dsbnya?
    2. Baja tahi ayam sesuai atau tidak digunakan untuk stevia dan berapakah kekerapan pembajaannya?
    3. Berapakah kekerapan untuk diberi air? Adakah Stevia ini tahan hujan yang lebat di negara kita?
    4. Bagaimana pula dengan cahaya matahari? Adakah boleh dibiarkan Stevia ini di kawasan lapang yang menerima matahari sepenuhnya atau perlu diteduhkan?

    BalasPadam
  7. Harga ekstrak stevia berapa ya jika kirim ke Indonesia. TanamanStevia.Com

    BalasPadam
  8. Saya suka guna ekstrak stevia yg dah siap..mudah n x pahit..alhamdulillah kencing manis saya pun dah terkawal.

    BalasPadam
  9. Terima Kasih tuan kerana berkongsi cara nak bela pokok stevia ni. Saya berkunjung ke Cameron Highlands pada minggu lepas 25-3-2018 di pasar pagi Kea dan terjumpa anak pokok stevia dijual pada harga $14. Saya diberitahu utk letak di tempat teduh oleh penjual. Jadi, mmg excited jumpa site ni harap2 pokok stevia tak mati. Beli 3 pot. Suami diabetic so kita juga beli dried stevia leaves dari gerai lain. Harga satu beg dried leaves juga $13. So far tambah 2-3 helai utk satu jug air panas dgn sliced lemon dan juga barli, sudah cukup manis dan tak pahit.

    BalasPadam
  10. Berminat nak beli benih stevia
    Terima kasih

    BalasPadam