Terimakasih
Pok Ya kerana cadangkan thread untuk penyakit tumbuhan. Iklim negara
kita yang panas lembap bukan sahaja sesuai untuk tumbuhan tumbuh dengan
subur. Ia juga sesuai untuk makhluk perosak. Haiwan seperti siput
dan lintah bulan hidup dengan memakan pucuk dan benih tanaman.
Belalang dan ulat bulu gemar memakan pucuk sayur. Kutu daun
(aphid) dan beberapa jenis kekabuh menyedut cecair tumbuhan. Lalat
buah menyucuk buah jambu air, jambu batu, cili, tomato yang belum masak dengan
telurnya. Apabila buah masak sahaja, ia tersedia dengan ulat
(larva) lalat buah. Terdapat juga jenis lalat yang memakan
kobis, lobak, bawang dan lain-lain. Tidak kurang juga masalah kulat
yang mereputkan akar, ulat kekek (larva kekabuh) yang memakan akar dari dalam
tanah, tikus yang memakan biji benih, dan kucing yang kencing dengan semburan
beracun.
Semua masalah perosak ini pasti mengecewakan rakan-rakan dan boleh
menghilangkan rasa seronok bertanam sendiri. Mungkin seperti Pok Ya, ada
yang akan mencari penyelesaian dengan menyembur racun.
Pada pendapatb saya, kalau nak gunakan racun, elok lupakan sahaja bertanam
sendiri dan beli saja sayur dari pasaraya atau pasar. Apa-apa pun pasti
ada jalan penyelesaiannya.
Kepada rakan-rakan yang pernah menghadapi masalah dengan makhluk perosak atau
tumbuhan berpenyakit boleh poskan thread tentang masalah atau cara
menyelesaikan masalah tersebut tanpa penggunaan racun supaya dapat kita
manfaatkan bersama.
Pokok terung yang saya tanam sudah berumur 10 minggu, mati setelah dikencing kucing jantan yang datang menanda kawasan. Bagaimanakah caranya untuk selesaikan masalah ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan