MENTIMUN ADALAH BUAH sayur yang enak dijadikan ulam. Kebiasaannya mentimun dijadikan ulam nasi lemak dan dijeruk dalam cuka dan dihidanghan sebagai acar. Acar mentimun bukan sahaja popular di negara kita. Ia juga popular di Amerika dan Eropah. Terdapat berbagai jenis acar mentimun dibotolkan secara komersial.
Mentimun adalah sayur buah yang perlu dibantu pendebungaannya. Buahnya ketika muda agak berduri. Mentimun adalah pohon yang memanjat.
Tempat Yang Sesuai
Mentimun perlukan cuaca yang panas tetapi teduh (sheltered). Ia perlukan tanah yang kaya dengan baja, jadi tanah kompos (mulch) atau batas dengan saliran amat sesuai. Mentimun juga sesuai ditanam dalam bekas plastik atau pasu yang besar.
Bila Sesuai Ditanam?
Negara kita mendapat sinar suria sepanjang tahun. Bila-bila masa pun sesuai.
Cara
Menyemai
Semai benih dalam pasu berisi kompos khas untuk benih sedalam 2 cm. Letakkan 2 atau 3 benih dalam satu pasu dalam
kedudukan menegak untuk kurangkan risiko benih mereput. Untuk pastikan benih bercambah, kawasan
tersebut perlu suhu sekirang-kurangnya 20 darjah Celsius.
Mengalih
Anak benih sedia untuk dialih selepas 4 minggu disemai. Letakkan pasu ditempat panas sebelum mengalih untuk menguatkan batang pokok. Apabila sedia, tanam dengan jarak 45 cm (18 inci). Hati-hati ketika mengalih kerana akar mentimun agak rapuh dan mudah rosak.
Penjagaan
Pokok mentimun menjalar dan memanjat. Anda
perlu letakkan kayu penyokong. Elok
kalau diletakkan seperti kayu khemah wigwam,
trellis atau bingkai tali untuk
membantu pokok memanjat. Cubit dan buang pucuk yang mencapai hujung kayu penyokong
supaya pokok tumbuh merimbun.
Siram selalu, jangan biarkan tanah kering. Apabila pokok mentimun mula berbuah, baja
setiap dua minggu dengan baja cecair terutamanya jika tanam dalam bekas.
Menuai
Petik buah ketika masih muda, iaitu sebelum ia mencapai saiz yang rakan-rakan biasa beli di pasaraya. Jika buah bertukar kuning, ia akan melemahkan pokok. Tuai selalu supaya pokok menghasilkan buah yang banyak.
Masalah
Siput dan lintah bulan suka memakan anak pokok. Periksa celah-celah daun, batu atau kayu selepas hujan. Buang siput atau lintah bulan yang ditemui.
Jika tanah terlalu lembap, akar mungkin menjadi buruk. Pokok juga mungkin diserang mosaic virus. Jika terdapat daun yang menggerutu, potong dan bakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan