Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 22 September 2010

Mengapa Tanam Sendiri?


AMARAN KEPADA SESIAPA yang ingin mula tanam sendiri sayuran; tabiat ini boleh membuat anda ketagih dan mengubah pandangan anda tentang apa yang anda makan buat selama-lamanya.

Sekali anda petik cili atau tomato dari pohonnya dan memakannya mentah selepas dibasuh, tiada lagi cili atau tomato seenaknya yang anda akan makan selepas ini.  Ia suatu kepuasan yang tiada tolok bandingnya.  Yang pasti, anda tidak akan berhenti.   Anda akan ketagih untuk tanam lebih lagi.

Kita semua patut ambil peduli apa yang kita makan.  Sebelum ini, entah apa yang dimasukkan ke dalam sayur yang kita makan.  Kemungkinan besar racun disembur untuk menghalau atau membunuh makhluk perosak.   Dengan menanam sendiri, setidak-tidaknya kita tahu apa yang kita sembur atau baja apa yang kita guna untuk sayuran kita.

Makan sayur yang ditanam sendiri adalah suatu yang memuaskan hati.  Mungkin kerana kita hasilkan sendiri, atau mendapat beriadah setiap hari ketika bertanam, mula peka terhadap sekeliling dan bersyukur dengan cuaca elok yang dianugerah.  Lagipun sayuran yang segar kaya dengan khasiat serta mempunyai rasa yang enak.

Apa ditunggu lagi, mari kita tanam sendiri sayuran.






Why Grow Your Own?

A WORD OF warning to anyone who plants to start growing their own vegetable; this habit it contagious and will make you view this world differently forever and for the better.
Once you plucked and tasted that pepper or tomato that you grow, it is heaven. Nothing tastes better than this. Definitely you will not stop. You will want more.
We all should care about what we eat, coz you are what you eat. Who knows what was sprayed onto the vegetables that you bought. If you still love the poisons and still want to space it on your food, at least you know what poison you are consuming when you grow your own.

2 ulasan:

  1. Sememangnya sayuran yang dibeli di pasar2 tidak akan lari dari RACUN (melainkan yang ditanam secara organik...mahal harganya)
    Serangga di zaman sekarang terlalu advance, mereka cepat imune dengan dos dan jenis racun yang di beri, petani tidak ada cara lain, melainkan menambah dos dan menukar kepada jenis racun yang lebih kuat.
    Nota: Sayuran yang kelihatan segar dengan tiada kesan serangan menandakan racun yang digunakan kuat dan banyak (secara umumnya)

    BalasPadam
  2. Betul tu, kita yang tanam di sekeliling rumah pun kena serang oleh serangga, tapi kalau guna racun hilanglah satu keistimewaan tanam sendiri. Kawasan kecil memadai kita kutip apa serangga tu.

    BalasPadam