Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 28 September 2010

Menanam Sawi Pak Choi

Sawi Pak Choy (ada yang sebut Bak Choy) adalah ahli keluarga kobis cina. Ia sedap dimakan sebagai salad atau digoreng (stir fry) ketika segar selepas dipetik kerana ia rangup. Selain daun, pucuk dan batang juga enak dimakan. Pilih kawasan yang panas dan tidak terlalu teduh dengan tanah yang lembap. Tambahkan kompos atau tinja lembu/kambing/ayam yang telah diproses atau baja organik kira-kira 2 minggu sebelum benih disemai. 

Menyemai
Biji pak choi halus, jadi gaulkan dengan tanah sebelum disemai untuk jarakkan pokok. Taburkan campuran tanah dan biji benih ke atas tanah. Kemudian tutup dengan satu lapisan tanah yang nipis.

Mengalih
Apabila bercambah dan mempunyai 2 helai daun sebenar, anak benih sedia untuk dialih. Tanam anak benih ke dalam lubang sedalam 2cm (lebih kurang ½ inci) dengan jarak pokok kira-kira 10 cm (4 inci) jika ingin tuai daun sahaja atau 30 cm (12 inci) jika ingin tuai seluruh pokok.

Penjagaan
Merumput apabila perlu. Pak choi mempunyai akar yang pendek, jadi jangan biarkan tanah menjadi kering. . Siram sekurang-kurangnya dua kali sehari, tetapi jangan sehingga air bertakung.

Menuai
Pak choi tumbuh dan membesar dengan cepat. Tuai daun muda untuk dimakan dalam masa satu bulan. Jika lambat dituai, pak choy akan berbunya dan menjadi lebih berserat.

Bak choi yang berumur 4 minggu.


Masalah Yang Mungkin Berlaku
Pak choi mungkin diserang ulat daun, belalang dan lalat akar kobis. Periksa pokok dan buang serangga perosak yang ditemui.

7 ulasan:

  1. semalam tuai anak sawi sikit untuk process jarangkan anak sawi..sebab sawi still kecik even dah 6 minggu dr tarikh semai benih...mungkin berebut nutrien sebab patch tu penuh dengan anak sawi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin tanah terlalu mampat. Akar sawi tak dapat udara yang diperlukan untuk pertumbuhan.

      Padam
  2. oh ya...semasa jarangkan anak sawi..saya jumpa 3-4 pokok sawi yang berduri..mcm ada bulu..sy fikir rumpai..tapi bila compare dengan sawi yg biasa (rasa berminyak sikit) sama jer structur daun dan fizikal..kenapa yer? memang ada ke sawi yang berduri?

    BalasPadam
  3. sawi saya ada benda putih bawah daun.. mcm tompok.. nak guna racun apa tu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti. Perlukan lebih banyak maklumat dari saudara tentang rupa tompok tersebut.

      Padam
  4. Saya dah semai pak choy, tapi 2 kali semai, dua-dua tak cambah. Boleh tuan explain sikit cara nak semai dari awal

    BalasPadam