Ramai antara kita yang bila diet, makan sayur atau buah dan
langsung tidak mengambil minyak atau lemak. Masa kita belajar dulu pun, cikgu biologi atau
sains ada beritahu, Vitamin A, D, E, dan K larut dalam lemak.
Sebenarnya ada lagi zat dalam sayur, misalnya beta karotena (beta carotene) dalam tomato dan lobak merah yang baik untuk mata. Lucopene dan kalsium juga larut dalam lemak. Jika anda mengambil makanan yang mengandungi zat tersebut tanpa kehadiran lemak (minyak), badan tidak akan dapat menyerapnya zat-zat tersebut.
Jadi tungggu apa lagi. Gaulkan salad dengan sedikit minyak zaitun. Ia membantu badan anda menyerap zat yang diperlukan dan rasanya enak.
Sebenarnya ada lagi zat dalam sayur, misalnya beta karotena (beta carotene) dalam tomato dan lobak merah yang baik untuk mata. Lucopene dan kalsium juga larut dalam lemak. Jika anda mengambil makanan yang mengandungi zat tersebut tanpa kehadiran lemak (minyak), badan tidak akan dapat menyerapnya zat-zat tersebut.
Jadi tungggu apa lagi. Gaulkan salad dengan sedikit minyak zaitun. Ia membantu badan anda menyerap zat yang diperlukan dan rasanya enak.
sebenar nyer aper yg perlu dikurangkan adalah karbo, salah satu sumber yg menyumbang kpd asiditi darah dan free radicals..sesaper nak awet elakkan makan karbo terlalu byk,complex carbo ok like vegetable,fruits..tu pun kena pilih gak
BalasPadamDr Ana, bila kata elakkan makan karbo terlalu banyak, how banyak is terlalu banyak?
BalasPadamAda kawan yang tukar diet dari karbo kepada protein (white meat). Adakah ia selamat?
Poster piramid makanan yag ditampal di papan buletin klinik kerajaan meletakkan karbohidrat paling bawah, maksudnya ia patut dimakan paling banyak berbanding dengan kelas makanan yang lain. Adakah maklumat tersebut perlu diperbaiki atau kita masih boleh gunakannya sebagai panduan? Maksud saya, paling banyak itu maksudnya "berapa banyak"? Any idea?
setiap peringkat umur mempunyai keperluan kalori masing2,mungkin kanak2 perlu lebih kalori jadi keperluan karbo nyer lebih sedikit,sya x sempat go tru how much calorie we as adult should take,tapi to make it simple it should be seluas tapak tangan,yg selalu kita tgk seluas pinggan...hahahaha..sebenar nyer kita kena terbalikkan pyramid chart tu.lebihkan complex carbo,moderatekan protein & fat intake & sedikitkan ambik simple carbo..tp malang nyer kita sejak kecil diajar mkn nasi,roti canai,minum minuman manis2 etc..sehingga menjadi addicted..
BalasPadamkalau kita makan byk karbo fuel dlm darah adalah dari glucose. jika kita makan kurang dari 20g sehari dan lebihkan protein dan lemak sedikit selama 48jam glucose kita akan habis dan badan akan bertukar fuel kepada keton yg diambil dari lemak. proses ini dinamakan ketosis. selagi kita tak ambil karbo yang berlebihan selagi itu peroses ini akan berterusan. proses ini yg akan terus membakar lemak di badan kita sehingga hanya tinggal sedikit lalu terlihatlah akan segala otot2 kita. perlu diingat juga jgn memakan protein terlebih byk kerana protein yg terlebih juga akan ditukarkan menjadi glucose dan sekaligus akan menamatkan proses ketosis. cukup 1g utk setiap pound berat bdn sehari.
BalasPadamseperti yg kita tahu, badan kita memerlukan tenaga utk bergerak yg diukur dlm bentuk kalori. setiap orang memerlukan sejumlah kalori yg sesuai mengikut berat badan dan aktiviti harian. jika kita makan terlebih kalori misalnya dari sumber karbohidrat ianya akan ditukar menjadi lemak yg disimpan didalam badan. setiap 8000 kalori yg berlbihan akan menaikkan berat kita kepada 1kg.
diet atkins adalah cara diet yg menukarkan pengambilan karbo kepada lemak. pada peringkat induksi(biasanya selama 2minggu) jgn makan karbo melebihi 20g sehari. utk mengaktifkan proses ketosis(biasanya dlm 2hari) makan hanya sayur dan daging2, telur2, ikan2. kemudian boleh tambahkan sedikit demi sedikit penggunaan karbo setelah mencapai berat yg diinginkan.
mengenai piramid makanan itu boleh digunakan selagi tidak melebihi tahap kalori yg diperlukan badan. jika tidak kalori itu akan bertukar menjadi lemak disimpan dlm badan. amalkan cara hidup sihat. kerapkan aktiviti bersenam utk membakar lebihan kalori. 2keping roti canai kosong + sekeping roti canai telur bersamaan 900kalori. bayangkan.. tu belum teh tarik + lunch + minum petang dan dinner lagi. biasanya kalori diperlukan utk lelaki dewasa 35tahun yg ketinggian 170cm dan aktif sedikit ialah sebanyak 2500 kalori