Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 24 September 2010

Kanak-kanak Dan Berkebun

KANAK-KANAK AKAN lebih peka dengan sekeliling dan cintakan alam sekitar jika mereka diberi ruang untuk tanam sendiri sayuran. Dengan menanam sendiri, mereka akan mula peka dengan cuaca, arah kedudukan suria, proses fotosintesis, dan akan mula gemar belajar sains kerana mereka boleh kaitkan apa yang dipelajari dengan perkara sebenar.

Tumpuan kanak-kanak tidak lama, jadi pilih tumbuhan yang mengambil masa yang singkat untuk ditanam dan dipetik. Misalnya saya pilih pokok kacang mata hitam untuk salad dan pokok bawang yang ditanam dari bebawang untuk petik daun untuk dibuat cucur (jejemput). Kedua-dua tanaman ini memerlukan masa kurang dari satu minggu dari masa semai hingga tuai dan kebiasaannya benih akan tumbuh dengan jayanya. Tanaman tesebut juga boleh ditanam dalam bekas, misalnya cawan pakai buang dan tin susu. Gunakan tanah kompos atau tanah campuran. Tanah pasir terlalu cepat kering dan tanah liat membuatkan bekas dibanjiri air.

Elakkan menanam tumbuhan yang mengambil masa yang lama untuk tumbuh atau mudah gagal tumbuh kerana ini akan mengecewakan kanak-kanak dan mematahkan semangat mereka untuk tanam sendri sayuran.
Pupuk rasa cintakan alam sekitar dengan menggalakkan kanak-kanak tanam sendiri sayuran.

Children and Gardening
CHILDREN WILL BE more aware of their surroundings if they were given a small patch to grow their own vegetables. By growing their own vegetables, they will learn more about the weather, the direction of sunlight, photosynthesis, will will start to show improvement in science class because they start relating the science lessons with the real life.


Children's attention are shor-spannned, so choose plants that can grow fast and can be harvested in a short duration. For example, I chose black-eyed bean for salad and onions for dough balls. Both plants can be harvested in a short time and the success rates are very high. The plants also can be grown in small containers such as disposable coffee cups, condensed milk tin cans and milk cartons. Use mixed or organic enriched composed soil because sandy soil does not retain moisture and clay soil does not absorb as much water as the recommended soil.


Avoid planting plants with slow success rate because this will disappoint the children will will kill their interest in gardening.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan