TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Ahad, 26 September 2010
Gambar Hari Ini - Bunga Kemunting, Rose Myrtle
Bunga kemunting yang bewana ungu setanding dengan bunga hiasan dan amat cantik menghiasi taman. Bunga ini akan betukar menjadi buah beri yang ranum dan enak dibuat jem. Malangnya, ramai orang tidak mengenali pokok kemunting.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kalau orang di luar negara mengutip pelbagai beri liar, nah, kita di Pantai Timur mengutip kemunting 'liar'. Seingat saya, kemunting tidak ditanam orang tetapi tumbuh meliar di kawasan penempatan yang tidak jauh dari pantai. Saya tidak pernah menemui sebarang catatan mengenainya, kecuali kemunting semakin pupus berbanding zaman ibu bapa kita dan zaman kita kecil-kecil dulu, akibat peluasan untuk penempatan atau pembangunan baru di kawasan habitat pokok ini. Agaknya, bolehkah kita 'jinakkan' pokok kemunting yang cantik bunganya dan enak buahnya ini sebagai tanaman di sekitar rumah kita?
BalasPadamKemunting (Rose Myrtle) memang dah semakin berkurang kat pantai timur. Mungkin sebab ia tumbuh melata, dan sekarang dah tak banyak tanah kosong. Di lembah kelang ia dijual di nursery. Saya ada pergi cari, yang murah semua nazak. Yang ok, harga agak mahal. Pokok yang tinggi dalam 2 kaki dijual sekitar RM40. Sebenarnya pokok kemunting juga banyak tumbuh melata di timur tengah. Beri, daun dan akar dibuat ubat dan "medicinal properties" pokok ini telah dibuktikan secara saintifik. InsyaAllah saya akan poskan kegunaannya nanti. Kena buat rujukan sahih dulu sebelum poskan fakta.
BalasPadambro Iskandar..meh le ke area rumah saya..buat propagate pokok kemunting--HAqimi AL djazairiya frm gardening group..heheh
Padamdah lama x tgk pkk ni.... suka.
BalasPadamDi Lembah Kelang, nurseri jual harga tinggi. Di Terengganu tumbuh melata. :)
Padam