Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 24 September 2010

Fertigasi

Salam rakan semua.  Sdr Zakaria a.k.a Pok Ya adalah rakan kita yang bepengalaman menanam cili menggunakan kaedah fertigasi.  Saya harap Pok ya boleh mula bercerita sikit-sikit cara untuk jalankan fertigasi.  Contohnya,
  • Apa dia fertigasi? 
  • Apakah kelebihan fertigasi berbanding penanaman konvensional? 
  • Tanaman apa yang boleh gunakan kaedah ini? 
  • Bolehkah ia digunakan oleh penanam hobi? 
  • Apakah peralatan yang diperlukan? 
  • Dimana peralatan boleh didapati? 
  • Berapakah kosnya? 
  • Bagaimanakan kaedah tersebut dijalankan? 

Fertigation
Greetings fellow gardeners. Mr Zakaria alias Uncle Ya is one of our friend who is a avid gardener. He has a lot of experiance in planting red chili using fertigation system. I hope Uncle ya will share his experience in running the fertigation system via this blog.

3 ulasan:

  1. Salam kepada semua:
    terima kasih kepada Sdr Iskanadar kerana memberi ruang kepada saya berkongsi pengalaman di blog tanam sendiri.
    saya tidaklah mempunyai pengalaman yang luas dibidang fertigasi tapi bolehlah sekadar berkonsi maklumat apa yang perlu, walau bagaimana pun tidaklah susah manapun untuk memulakan sistem ini .

    APA ITU FERTIGASI (ikut format sdr Iskandar)
    Singkatan dari perkataan FERTILIZER/IRRIGATION, adalah satu sistem penanaman yang termasuk dalam kaedah Hydroponic. Media tanah adalah tidak diperlukan langsung dimana segala nutrient yang diperlukan dibekalkan terus olih air melalui peralatan yang dibina. Dengan cara ini pembesaran dan pertumbuhan tanaman dapat dikawal secara maksima.
    Secara umumnya fertigasi memerlukan elemen2berikut:
    1) air
    2) media mengantikan tanah (eg, sabut kelapa, fiber glas dan berbagai lagi asalkan media itu bersifat innert dan dapat menyerap dan melepaskan air dengan mudah.)
    3)Gadget, iatu kelengkapan untuk mengalirkan air yang mengandungi nutrient mengikut jumlah dan waktu yang ditetapkan.
    4)Nutrient2 yaitu unsur atau sebatian kimia yang diperlukan olih tumbuhan seperti Fe, Mg,N,P,K dll yg biasanya dilebelkan sebagai set A dan B.
    5)Ruman perlindung untuk melindungi tanaman dari hujan (untuk permulaan bolih diabaikan)
    6)pengentahuan untuk menguruskan sistem ( banyak terdapat di internet sebagai rujukan)

    setakat ini dulu untuk permulaan...wassalam

    BalasPadam
  2. KELEBIHAN FERTIGASI( berbanding kaedah conventional)

    Dalam post kali ini saya cuba menyenaraikan kelebihan fertigasi, walau bagaimana pun ini tidak bermakna kaedah conventional tidak elok, ianya bergantung kepada hasil dan kesukaan masing2 juga keupayaan untuk menjalanka hobby ini.
    Di antaranya:
    * Mudah untuk diushakan.
    * Tahap pembesaran dan penghasilan adalah tinggi, ini kerana segala keperluan nutrient yang diperlukan boleh diberi secara tepat dan mengikut masa yang diperlukan.
    * serangan penyakit dari tanah tiada langsung.
    * Tidak memerlukan tanah yang sesuai kerana
    tanaman tumbuh elok mengikut kesesuaian jenis tanah (kaedah conventional)
    *Tidak berurusan dengan baja2 yang mungkin bagi sesetengah orang agak jijik terutama baja yang beasaskan najis binatang.
    *Tanaman yang bukan berasal dari negara kita seperti anggur, strawberry dan sayuran bolih juga ditanam (tidak kesemuanya)
    *sesiapa yang beminat dengan seni taman sistem ini adalah sangat sesuai untuk menanam bungaana samaada secara gantungan atau ground level.

    Banyak lagi kelebihannya, walau bagaimanapun setiap kelebihan ada kekuranganya..seperti kos permulaan untuk menyediakan sistem agak mahal juga bahanya tidak terlalu banyak tempat yang menjual...Akan tetapi jika anda creative anda pasti akan dapat melakukannya.

    Nota: untuk sesiapa yang ingin mencuba anda bolih membeli dari link berikut (saya tak dapat komisyen..:))
    http://www.sabakagro.com.my/oscomm/catalog/index.php?cPath=26_76

    bersambung.....

    BalasPadam
  3. Thanks.
    Agak2nya bila article ni akan bersambung?

    BalasPadam