Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 24 September 2010

Tanam Sendiri -- Bawang


BAWANG ADA BERBAGAI.   Sayur ini adalah antara sayur yang paling mudah ditanam dan diselenggara.   Anda boleh tanam dari bebawang (bulb) atau dari biji.   Jika anda tanam dari biji, masa yang diambil untuk matang agak lama tetapi kos perbelanjaan benih adalah lebih murah. 

Bawang tidak memerlukan penjagaan yang rapi.   Anda perlu merumput selalu untuk mempastikan rumpai tidak mencuri baja dari tanah.  Tanah pula tidak perlu terlalu basah. Anda tidak perlu menyiram dengan banyak.   Gunakan tanah yang kaya dengan kompos.

Cara Menanam Dengan Biji

Semai benih sedalam 2 cm (3/4 inci) dalam barisan.   Jarakkan kira-kira 30cm (12 inci).   Anda boleh jarakkan dengan mencabut pokok yang terlalu rapat. 

Cara Menanam Dengan Bebawang

Kupas kulit luar yang kering untuk aktifkan bawang. Kulit ini adalah nipis seperti kertas.   Jika bawang tiada tunas, potong sedikit bahagian atas.  Toreh sedikit di bahagian akar. 
Geratkan tanah dengan penggerat (rake) untuk gemburkan tanah.  Dengan ibu jari, tolak bebawang dengan berhati-hati sehingga bebawang tenggelam di  dalam tanah.  Jika tanah keras, korek lubang menggunakan pengorek untuk mengelakkan dari mencederakan bebawang.  Pastikan bahagian akar berada di bahagian bawah.
Tanam bawang merah dengan jarak 5 cm (2 inci) dan bawang besar 10 cm (4 inci).  Siram dengan air tetapi jangan terlalu banyak kerana tanah yang becak akan menyebabkan bebawang menjadi rosak dan busuk.

Penjagaan

Merumput selalu untuk membuang rumpai.  Siram dengan air tetapi jangan sampai tanah menjadi terlalu basah.

Menuai

Anda boleh potong daun bawang selepas dua minggu.  Daun bawang enak dibuat salad atau dimasak misalnya dibuat cucur bawang.  Selain dari daun, bunga, tangkai bunga dan bebawang boleh dimakan.  Bebawang sedia untuk dituai apabila daun mula menjadi layu, kuning atau bawang mula berbunga.  Kebiasaannya, jika anda tuai daun, anda boleh tuai daun sebanyak 3 kali sebelum kualiti daun menurun.




Masalah Yang Mungkin Dihadapi
Jika tanah terlalu basah, bawang mungkin menjadi busuk dan berbau.   Lalat bebawang juga akan merosakkan tanaman.   Gunakan jaring halus untuk menghalang lalat bebawang, jika ia membawa masalah.

Menanam Dalam Bekas

Bawang tidak perlukan ruang yang banyak dan akarnya pendek.  Jadi, ia juga sesuai ditanam dalam bekas. 




Bawang sesuai ditanam di dalam bekas.  Sejambak bawang boleh menghias tingkap rumah yang tiada ruang tanah untuk bertanam. 

Tanaman Untuk Kanak-kanak

Oleh kerana bawang cepat dituai, mudah diuruskan dan enak dimakan, ia sesuai dijadikan tanaman untuk aktiviti kanak-kanak.




Bawang sesuai ditanam oleh kanak-kanak

Mengapa Tanam Bawang?
Mungkin ada yang terlintas mengapa ingin tanam bawang, sedangkan harganya murah.   Secara peribadi, saya tanam bawang untuk mendidik anak-anak supaya minat bertanam sendiri.  Daun bawang yang dituai segar adalah rangup dan enak dibuat salad dan dibuat jejemput.  Lagipun, satu bebawang akan berganda menjadi sehingga 6 bebawang.  Dalam masa 6 minggu, sekilo bawang akan menghasilkan sehingga 6 kilo bawang.   Ini pasti menjimatkan jika anda mempunyai masa terluang untuk bertanam sendiri.


Asal seulas bawang menjadi 6 ulas.

Pokok bawang yang ditanam di atas tanah.



Daun bawang putih juga enak dibuat salad.  Daunnya agak berbeza dari daun bawang merah dan bawang besar kerana ia seakan-akan daun rumput, iaitu berbentuk pipih.  Daun bawang merah berbentuk rod.




Bawang putih yang disemai dalam pasu plastik.  Pokok ini berumur satu minggu.

25 ulasan:

  1. saya ingin bertanya,

    kalau menuai daun bawang adakah ia akan mengganggu proses tumbesaran bebawang?

    Jika ingin tanam bawang dalam pasu, apakah komposisi tanah yang sesuai? 3:2:1 (tanah atas:organik:pasir) ?

    Bagaimana nak tahu masa menuai bawang?

    Saya ada lihat gambar encik menanam bawang pada tempat cahaya matahari <100%. adakah ia akan mengganggu tumbesaran bawang?

    BalasPadam
  2. Kebiasaannya saya menanam bawang untuk daunnya. Ia enak sebagai ramuan dalam jejemput bawang (cucur kodok)dan sebagai satu dari ramuan salad. Kebiasaannya saya akan tuai daun sebanyak 3 kali. Selepas dua kali tuai, saya biarkan daun tumbuh tanpa dipotong kerana daun bawang yang tumbuh berikutnya agak kecil.

    Kebiasaannya satu bebawang akan menghasilkan satu labu bawang yang mengandungi antara 6 hingga 8 bebawang. Kalau dituai daunnya, saiz setiap bebawang adalah kecil dan isinya padat. Jika tidak diuai, saiz bebawang lebih besar dan rangup.

    Saya gunakan tanah yang kaya dengan organik untuk mendapatkan saiz bawang yang lebih besar. Biasanya saya gaulkan tanah dengan baja organik (pellet tinja ayam) 1 hingga 2 minggu sebelum menyemai untuk meningkat mutu struktur tanah.
    Ya nisbah tanah atas:organik:pasir 3:2:1 yang dinyatakan sesuai untuk bawang.

    Bawang tumbuh subur dan menhasilkan lebih banyak bebawang di bawah cahaya matahari sepenuhnya. Cuma pastikan ia mendapat air secukupnya tetapi air jangan bertakung.

    Saya perhatikan kalau letak di tempat teduh, daun yang dihasilkan lebih gemuk.

    Tanam bawang dalam bekas? Pefect. Ia amat cantik dibuat hiasan dan daunnya boleh dipetik dan makan. Jika niat untuk ambil daun sahaja, tanah campur sudah memadai. :)

    Jika ingin tuai bebawang, biarkan bawang terus tumbuh hingga daunnya mula layu. Bila daun layu, ia sedia untuk dituai. Kalau ingin tuai daun, selepas daun layu, keluarkan bebawang dari tanah, jemur bebawang di tempat panas tanpa cahaya matahari secara terus sehingga ia kering. Asingkan bebawang dari labunya, buang daun kering dan akar, kemudian semai semula.

    BalasPadam
  3. Bagaimana pula dengan bunga bawang? adakah perlu saya buang jika ia tumbuh? atau biarkan sahaja sehingga dapat menuai bawang?

    BalasPadam
  4. Tambahan soalan, perlukah saya merendamkannya dalam thiram dahulu bagi mengelakkan bawang busuk setelah ditanam?

    Perlu jugakah saya hanya memotong bahagian atas dan terus tanam dalam pasu? Sebab saya belajar jika nak tanam bawang perlu potong atas bawang 1/3 dari saiz bebawang tersebut.

    BalasPadam
  5. Kebiasaannya bawang menjadi busuk jika tanah yang kita gunakan menakung air. Kalau tanah mempunyai pengairan yang elok, tiada masalah. Tapi kalau tanam dengan jumlah yang banyak, elok rendan dalam thiram. Kadang-kadang ada jenis lalat yang akan suntik telur sehingga bebawang rosak.

    Kalau inginkan bawang cepat bercambah, perlu potong bahagian atas untuk mengaktifkannya. Saya sendiri, bukan sahaja bahagian atas, bahagian pangkal juga saya potong kira-kira 2 mm untuk melukakan bahagian tersebut supaya lebih cepat tumbuh akar.

    BalasPadam
  6. Ya kalau tanam bekas pun potong kalau mahu bebawang cepat bercambah. :)

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas penerangan En. Iskandar. Nampaknya bawang akan menjadi tanaman utama di rumah saya selepas ini. :)

    BalasPadam
  8. nak tambah lagi, kalau bawang putih bagaimana pula?

    BalasPadam
  9. Untuk bawang putih dan semua bebawang dari keluarga Alium saya gunakan kaedah yang sama. Saya perhatikan bawang putih lebih tahan dari bawang besar. Kalau bawang besar, ada beberapa bebawang yang buruk akibat ulat berenga (maggot) larva lalat (rootfly). Jika terkena serangan lalat dari jenis tersebut, tutup bahagian pangkal pokok.

    BalasPadam
  10. Diharapkan ini juga dapat membantu
    http://izhamwong.blogspot.com/2011/10/siri-tanam-sendiri-penanaman-bawang.html

    BalasPadam
  11. Terima kasih, I Wong. Maklumat yang sangat berguna.

    BalasPadam
  12. saya ingin bertanya, untuk penanaman bawang putih, bolehkah kita memakai, bawang putih yang biasa dijual di kedai, atau harus dibeli dari kedai yang khusus yang menjual bawang putih untuk penanaman? terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh gunakan bawang yang dijual dikedai. Pastikan bawang tidak disalai. Perhatikan, kalau ada antara bawang yang dijual tumbuh tunas, batch tersebut boleh digunakan.

      Padam
    2. Bawang yang disalai sedap dibuat berbeku. =)

      Padam
    3. Betul tu Iwong, wangi bawang putih salai pembuka selera ketika barbeku.

      Padam
  13. Salam,

    Curious... bawang yang di tananam akan menghasilkan root bawang yang baru ker? sebab selama ni kalau tanam bawang hanya, jadik daun nyer saja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Not roots but bulbs. Untuk hasilkan bebawang yang gemuk, buang bunga bawang semasa ia muncul. Lalu, nutrien tidak akan banyak salur ke bunga tetapi pada bebawang.

      Padam
    2. awwhh dia panggil bulbs yeh... now i know...
      semalam dah bubuh bawang dalam pasu ikut nasihat kat sini..
      so nanti bila bunga dia muncul, buang and bulbs baru akan create yeh?

      Padam
    3. 依之汉, saya cari pautan tentang bawang yang dibuat dulu tapi telah didirect ke blog HTC. Adakah blog dulu masih hidup? Artiekl tentang bawang yang saudara postkan amat berguna untuk beginner. :(

      Ya betul tu, saya perasan bila pokok bolting (berbunga) saiz bebawang bulb menjadi semakin kecil. Saya simpan bunga untuk dapatkan benih.

      Benih terbaru iaitu benih kucai telah tiba.

      Padam
    4. Wahh... Link ini sgt informative! Terima Kasih!!! :)

      Padam
    5. Untuk pengetahuan En. Is dan rakan-rakan lain, sekarang saya sudah spesifikkan blog saya khas untuk perkongsian tanam sendiri. Boleh pergi Cara Mudah Tanam Bawang Merah.

      Padam