MUNGKIN ADA ANTARA rakan yang mengambil keputusan untuk buat sendiri baja kompos dengan membiarkan bahan organik reput dan terurai. Untuk proses penguraian, kita perlukan bantuan bakteria pengurai. Kita bernasib baik kerana iklim negara kita yang panas lembap membuatkan proses membuat baja kompos menjadi lebih cepat berbanding negara yang mempunyai 4 musim.
 |
Kurangkan jumlah sampah di tempat pelupusan sampah. Jangan buang atau
bakar bahan organik. Jadikan baja kompos. Sama-sama kita selamatkan
bumi. |
Bakteria pengurai bertindak pantas apabila sumber organik
(makanan mereka) mempunyai perkadaran karbon:nitrogen antara 15 hingga 30:1.
Maksudnya bagi setiap 15 hingga 30 bahagian karbon, terdapat satu bahagian
nitrogen.
Berikut adalah sumber karbon dan nitrogen untuk rujukan rakan-rakan. Nilai yang diberi adalah secara kasar sahaja.
Sumber karbon
Kulit kayu 100 hingga 130:1
Cebisan kadbod 200 hingga 250:1
Hampas teh/kopi 20:1
Sisa buah-buahan 35:1
Daun hijau 40 hingga 80:1
Cebisan kertas surat khabar 150 hingga 200:1
Habuk gergaji 100 hingga 230:1
Jerami 50 hingga 100:1
Cebisan kayu 200 hingga 700:1
Sumber nitrogen
Rumbut yang dipotong 15 hingga 25:1
Rumput kering 25:1
Tinja lembu 20:1
Tinja ayam 5 hingga 10:1
Sayuran 13 hinggga 25:1
Bahan yang tidak sesuai dijadikan kompos
Daging, ayam, keju, tinja kucing/anjing, ikan, lemak, minyak masak kerana ia
akan menarik lalat dan mengeluarkan bau busuk.
Limau nipis kerana ia akan menjadikan kompos berasid dan membunuh bakteria
pengurai.
Bahan yang sesuai dijadikan kompos
Sisa buah-buahan, sisa sayur-sayuran, potongan rumput, lalang dan semak samun,
rumpai laut, kulit kayu, hampas kopi/teh, sabut kelapa, sabut kelapa sawit,
kulit telur, cebisan kertas, cebisan kadbod, jerami, dan cip kayu.
Bersambung ke bahagian 2