Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 31 Disember 2008

Kiriman Benih Yang Tidak Sampai

Kami ada menerima kembali beberapa benih yang kami kirim kerana beberapa sebab.  Ada antara pek gagal dihantar kerana orang yang memesan tiada di alamat yang dinyatakan atau alamat tidak wujud.  Apabila disemak nama dan alamat pada sampul, ia sepertimana yang rakan-rakan nyatakan dalam emel.  Mungkin ada kesilapan menaip alamat ketika membuat pesanan.
Ada pula rakan yang langsung tidak menerima kiriman yang kami kirim.  Jadi bila tiada respons dari rakan-rakan, saya menganggapkan rakan-rakan telah menerima kiriman benih dari kami.  Seeloknya rakan-rakan yang telah menerima kiriman benih dari kami kirimkan emel ringkas menyatakan benih yang dkirim telah diterima supaya kami dapat sahkan benih tersebut telah diterima.

Kebiasaannya kami mengirim benih yang dipesan dalam masa seminggu kerana kami membuat kiriman dua kali seminggu.  Kebiasaannya pos akan mengambil masa 3 hingga 4 hari.  Kadangkala mereka ambil masa dua hari sahaja.  Pos Malaysia kini sangat efisien menghantar benih-benih kami. :) Syabas Pos Malaysia.

Untuk rakan-rakan yang tidak menerima benih selepas dua minggu pesanan dibuat, mungkin benih tersebut hilang dalam perjalanan.  Jangan gusar.  Rakan-rakan hanya perlu beritahu kami benih belum diterima serta maklumat pesanan (nama, alamat penerima serta tarikh pesanan), kami akan buat kiriman yang baru tanpa waswas. Kami faham, penantian suatu yang amat meresahkan.  Apa lagi pek benih yang ditunggu tidak sampai-sampai.  Kami akan kirim semula pek yang lain tanpa perlu bayaran tambahan, kecuali jika kami kehabisan stok benih tersebut.